Tuesday, April 29, 2014

Pelancaran Jurnal Kritik













(Rebecca, saya, Rahimidin, dan Ariff)

Petang 26 April dalam hujan lebat, saya hadir sebagai pembicara bersama tiga orang sahabat, Ariff Mohamad, Rahimidin Zahari dan Rebecca Ilham sempena pelancaran Jurnal Kritik di Perpustakaan Kuala Lumpur, dalam acara bulanan Suara Kuala Lumpur. Tulisan kami berempat turut termuat dalam Kritik edisi yang pertama ini. Saya tidak sangka Zakir sepantas ini akan mengusulkan untuk kawan-kawan membicarakan makalah masing-masing di dalam satu sesi seperti ini. Saya hadir kerana seronok berkawan-kawan, dan demi kawan-kawan meski 'musuh' utama saya ialah payahnya untuk bercakap, di luar atau di dalam majlis.

Kerana kami berempat semuanya pembicara, tidak ada pemudahcara, maka Rahimidin bertindak memulakan majlis sebagai moderator. Dan Ariff kemudiannya mengambilalih untuk menutup majlis. Usai bicara kami selepas beberapa soal jawab yang santai tapi mercup, Kritik pun dilancarkan. Tak perlu vvip. Kami melanggar kebiasaan. Kritik diluncurkan sendiri oleh S.M. Zakir dengan jayanya pada petang yang berbahagia itu. Semoga, dalam apa situasi pun selepas ini, Kritik akan jalan terus!

~Foto: Nazmi Yaakub

2 comments:

Rahimidin Z said...

comel foto usataz nazmi pukul ni....

benuasuluk said...

Ho la comel benar.