Wednesday, April 30, 2014

Sesi Bersama Penulis






















Di sudut ITBM sekali lagi, kali ini saya tampil sendirian dalam Sesi Bersama Penulis. Santai-santai, sambil melayan soalan-soalan Ainunl Muaiyanah yang mengendalikan sesi bersama itu. Ainunl cuba 'mengorek' sisi lain tentang buku saya - terutamanya Negeri Kunang-kunang, yang tidak ditanyakan semasa sesi Wawancara Sofa Putih. Adakalanya soalan beliau cuba membawa saya untuk membuka 'rahsia' kepenyairan yang saya kurung untuk diri sendiri. Ainunl adalah editor yang menangani kedua-dua buah kumpulan puisi saya bersama ITBM.

Saudara bahagia menulis, begitu Marsli N.O. tanyakan kepada saya. Apalah yang boleh saya jawabkan - selain merasa 'sangat-sangat bahagia.'

No comments: