Saya beli antologi Siti Nurmalaysia di kedai buku di DBP sebab ada nama saya di kulit buku sebagai penyelenggara bersama kawan-kawan saya yang hebat. Ini kelompok MPR 2010 yang turut saya sertai sebagai pembimbing. Melihat buku ini, teringat kurang lebih 15 tahun dulu begini juga saya bermula. Tahniah kepada semua penulis yang menghantar karya untuk diterbitkan. Tahniah dan terima kasih juga kepada DBP yang terus sudi menaja apa sahaja yang berkaitan dengan kelangsungan MPR. Ini langkah pertama mereka bermula. Justeru, penilaian dan tanggapan awal terhadap karya mereka juga haruslah diukur berdasarkan 'langkah pertama' itu juga. Kadang-kadang perlu juga mewajarkan jangan lihat bagaimana mereka bermula, tetapi lihatlah bagaimana mereka mengatur langkah seterusnya. Antologi ini pasti bermakna dan memberi suatu rangsangan dan inspirasi baru mereka untuk terus menulis. Dan saya kira, sama seperti saya dulu-dulu, antologi ini akan menjadi rujukan terpenting pada masa akan datang sekiranya mereka mahu menyorot kembali 'bagaimana dulunya mereka bermula'.
[Maaf, kulitnya tak tahan saya menengoknya].

No comments:
Post a Comment