Wednesday, September 4, 2013

Saya yang 'Tidak' Merdeka

Ulang tahun kemerdekaan baru sehari dua berlalu. Hari Malaysia masih berbelas-belas hari lagi akan tiba. Tetapi banyak sudah bendera kecil jatuh sepanjang jalan. Awal pagi tadi, saya melihat seorang pengawal keselamatan sekolah mengutip bendera kecil yang jatuh di tepi jalan.

Saya memang 'tidak' patriotik kerana tak pernah menggantung bendera di kereta saya. Anak-anak pun tanya kenapa saya tak mahu gantung bendera di kereta. Sekarang, saya harap anak saya akan tahu kenapa. Saya tak mahu anak-anak saya tengok bendera yang ayahnya gah gantungkan di kereta, jatuh di jalanan dan dipungut-kutip oleh seorang watak kecil - seperti pengawal keselamatan yang saya lihat tadi.

Cukuplah kalau ia selalu berkibar di hati saya....

No comments: