Kura-kura@Duri Keman
Di
pustaka sebuah fakulti di sebuah universiti, saya terpandang sebuah
tesis di peringkat sarjana oleh seorang pengkaji yang mengkaji "Kritik
Sosial dalam Kumpulan Puisi Pasar Pengalaman T. Alias Taib". Terbantut
kerja saya bila melihat tesis ini. Teringat saya pada tahun 2000 semasa
belajar di peringkat ijazah, saya menulis kertas ilmiah sebagai
prasyarat untuk bergraduat dengan judul "Petang Condong
oleh T. Alias Taib: Satu Manifestasi Kritik Sosial". Hampir sama, walau
berbeza teks. Di dalamnya, saya melihat sorotan literaturnya turut
menyentuh tulisan saya itu sebagai sumber rujukan kajiannya yang
pertama. Teruja dan bangga. Rasa nak curi bawa balik tesis itu dan baca.
Tapi saya banyak kerja lain hendak dibuat. Saya belek-belek sekejap. Ada usahanya untuk menambah kelompongan saya, yang ketika menulis hanyalah budak ijazah saja.
Saya tak tuduh sarjana itu meniru saya , walau bidang kajiannya hampir sama; cuma dibezakan oleh teks yang berlainan, dan kebetulan oleh penyair yang sama pula. Saya bersangka baik. Saya meraikan kajian seperti ini. Inikan namanya akademik. Taklah seperti seorang "sarjana kura-kura", yang tuduh membuta (dan hanya berani bercakap belakang) ada orang mencuri tulisannya bila membaca tulisan orang ada sedikit persamaan dengan bidang kajiannya. Dia ingat satu-satu teori itu atau sesuatu kerangka model itu wasiat daripada bapanya untuk dia seorang saja. Ini boleh juga disebut "Sarjana Duri Keman".

Dunia akademik perlu diraikan. Bukalah sedikit kepala.
No comments:
Post a Comment