Kata-kata
Kadang-kadang - kata-kata orang terhadap kita, akan tetap kita kenang dan ingati. Walau pun, pada hakikatnya kata-kata seperti ini tak pernah menjadi kudis sedikit pun kepada kita. Tambah-tambah orang yang berkata kepada kita itu sedikit pun tak ada keistimewaan pun bila kita pandang. Kita akan 'mengenang' kata-kata ini, sebab ia akan menjadi sebahagian 'sejarah' yang terpahat dalam hidup kita. Dan, tersangat banyak kata bidalan, pepatah-petitih, simpulan dan peribahasa yang menukilkan soal kata dan mulut, bahasa dan percakapan, sikap dan pemikiran kita. Banyak sangat.
Tengah hari tadi, saya ke kafe pejabat saya, sendirian untuk makan tengah hari. Tiba-tiba, saya terpandang sesosok tubuh manusia. Dia ini, beberapa tahun lalu pernah mengata dan 'menghina' saya dalam suatu acara. Saya ok sahaja tak ada rasa kecil hati, apatah berdendam. Sebab kita kenal dia ini manusia jenis apa. Cuma, kata-katanya itu akan terus tersangkut kemas dalam ingatan saya. Cepat-cepat selera saya memudar dan saya rasa loya. Saya batalkan niat untuk makan sebab putus selera tiba-tiba. Tak apalah kalau tak makan di situ pun. Dan, saya harus bergegas ke Desa Pandan, mesyuarat bersama Tan Sri Tajuddin Ramli dan Haji Shukri.
Saya selalu teringatkan kata kawan saya, Rahimidin Zahari, tentang jenis manusia yang tak akan masuk dalam sejarah. Sejarah tak akan mengenangnya. Dalam banyak-banyak kata-kata si sobat ini, kata-kata ini antaranya yang selalu bersipongang dalam cepu kepala saya ...
6 comments:
Rahimidin ni...mulut cabul sungguh!
Iya, begitulah Rahimidin yang saya kenal. Kalau dia marah, habis semua fatwa keluar dari mulut dia. Kalau bawa pen dengan kertas, boleh catat satu satu. Orang yang tak tahan dengar, tengah minum pun tiba-tiba berenti minum, dan berkalih alasan ada mesyuarat tiba-tiba hehehe
..tetapi dia tetap tok dalang yg hebat dgn mantera buka panggungnya.. dan kini perlahan-lahan makin menyerlahkan keromantisannya...
Salam ziarah Tuan.
Kri, mantera buka panggung dia kawe dengar ada doh ore lain cuba tiru. Lo ni kawe sediri tak rajin denga doh midin buko panggung bilo bersajak. Bab romantis tu yang payah kawe nak ulas. Lain macam lo ni.
Sdr. Tetamu istimewa,
terima kasih berziarah ke sini.
Post a Comment