Selepas 2000

Saya tersenyum, bila kawan lama, sepengajian menitipkan gambar lama kami di facebook. Selepas 2000, lebih sedekad, sebahagian besar kami langsung tidak pernah bertemu. Saya puas mengingat, gambar ini diambil sempena program apa, tapi betul-betul tak ingat. Saya 'tak kuasa' hendak membongkah kotak-kotak yang berisi gambar lama di rumah.
Ini kumpulan 1997-2000 - Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguitik Melayu), yang turut mengambil dwi major bersama Kesusasteraan Melayu. Yang saya perasan, ada beberapa orang teman tidak ada dalam gambar ini, termasuk dua sahabat lelaki kami. Ya, dalam kelas yang ada hampir 50 pelajar wanita, kami bertujuh sahaja lelaki. Hanya dua lelaki dalam gambar ini sahaja yang memilih teman sekuliah sebagai teman hidup. Dua-dua lelaki ini, duduk bersila di hadapan sekali, di tengah-tengah. Kawan sekuliah saya yang kekal setia berhubung dengan saya setiap hari sehingga kini, ialah isteri saya!
2 comments:
seronok membaca judul buku?
ada juga yang tak kawin2 lagi...
Post a Comment