Waktu zaman saya belajar dulu, Fakulti saya tidak pernah adakan program seperti ini. Tapi di sini, dalam desakan dan keterbatasan dana, kami cuba memberi anak-anak didik kami 'sesuatu'; yang takkan mungkin diperolehi di dalam bilik seminar atau dewan kuliah. Maka, 28-31 Julai lalu, kami berkampung di Kuantan - sekitar Hotel Seri Malaysia, Taman Budaya Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Pantai Taman Gelora dan Teluk Chempedak.
Sesi untuk mereka, antaranya ceramah dan bimbingan motivasi (berkaitan dengan bidang penulisan tentunya), pengucapan awam, bengkel deklamasi puisi, bengkel puisi tradisional dan lagu rakyat, serta malam kemuncaknya dengan acara baca puisi 'Malam Puisi Warisan ASWARA-JKKN Pahang'.
Kami mencuba membantu apa yang terdaya. Selebihnya semuanya berpulang kepada diri sendiri. Selamat mulakan sesi pengajian kepada semua pelajar Fakulti; semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.




No comments:
Post a Comment