Sunday, July 10, 2011


Bercakap dengan Kawan-kawan

Saya, kami sebenarnya - sedang merancang untuk penambahbaikan silibus dan kurikulum fakulti. Menjelang sesi baharu yang akan dibuka pada hujung bulan ini, semuanya akan berwajah baru untuk pelajar yang akan mendaftar. Sambil-sambil itu, sempat saya tanyakan beberapa pandangan kawan-kawan, yang berada dalam dunia akademik atau di luar bidang akademik - tentang pandangan mereka sekiranya ada cadangan kursus baharu yang boleh dimasukkan dalam kurikulum kami. Oh, ini antara cadangan yang saya dapat:

1. Menjadi Penulis Jutawan

(** sungguh, tak terfikir saya akan dapat cadangan seperti ini)

2. Bahasa Melayu Tinggi dalam Penulisan Kreatif

(** setakat ini kami hanya tawarkan kursus 'Bahasa dalam Penulisan Kreatif' sahaja)

3. Teknik Sastera Islami dalam Penulisan Kreatif

(** belum pernah ada lagi dalam silibus kami)

p/s - Alhamdulillah, penulisan puisi ada dimasukkan dalam kurikulum baharu kami. Siapa mengajar tak penting, yang penting ada.

4 comments:

Rahimidin Z said...

Kalau ada ditawarkan kursus untuk "Menjadi Penulis Jutawan" bolehkah saya nak ambil satu paper tu je?

benuasuluk said...

Abang Ngah,
tak payahlah. Kursus ni boleh diperkenalkan di sini bila saya dah berenti dari sini. Selagi saya ada, anggaplah tak ada. Kalau ada pun, kita belajar dengan kawan kita, si nasir tu sudahlah.

z@dH hiRsHAm said...

Saya setuju yang penulisan islami tu.

benuasuluk said...

N,
itu kata awak, setujulah. Saya, belum tentu setuju