Puisi Main-main(?)
Saya memang agak diam, dan susah bercakap. Selebihnya memang payah bercakap, dan tak tahu bercakap. Sebelah keluarga pun lebih kurang, sebelah keluarga isteri pun lebih kurang begitulah. Kalau bertemu, dan berhimpun, boleh bilang berapa patah saya cakap. Kalau dua atau tiga orang saya masih boleh bercakap. Kalau lebih daripada itu, saya lebih banyak diam. Dengan kawan-kawan pun sama. Saya suka bersama-sama atau berjumpa dengan mana-mana kawan. Sebabnya, saya suka diam. Saya tak ada sebab mengapa saya suka diam, dan mengapa saya payah bercakap. Kawan-kawan di bucu memang suka sakat sebab saya diam. Pernah saya bawa Azizi Hj. Abdullah ke bucu jumpa kawan-kawan, dia cakap “hang ni mai buat merugi ja Wan tak bercakap.” Dan ayat Ustaz Azizi ini menjadi modal kawan-kawan kenakan saya.
Tapi, dalam diam-diam itulah saya merakam, menyalin dan menyimpan dalam kepala catatan-catatan tentang kawan-kawan, atau sesiapa saja yang rapat dengan saya. Mereka tak tahu. Macam Zakir ‘kenakan’ kawan-kawan dalam cerpennya, Cerita Untuk Teman-teman itulah. Tapi saya tulis yang baik-baik saja tentang kawan-kawan :-). Macam puisi ‘main-main’ saja kalau orang baca.
Tanjung Rhu, Lewat Malam ini ideanya saya kumpul, sarat dan berkarat sepanjang kami berkampung di sana. Saya tuliskan baris-baris penting pada malam akhir, kami di pesisir pantai dalam gelap malam. Puisi ‘main-main’ ini dikeluarkan atau tak dimasukkan dalam antologi puisi 1100 Ekar kami yang bakal terbit. Saya hantar ke TC. Oleh kerana Ruslan, editor TC yang baik tak tahu puisi ini puisi ‘main-main saja, jadi dia siarkan :-). Zakir? Jangan pedulikan dia, dia memang tak suka jadi batu kapur. Kawan-kawan yang lain, biarlah. Puisi saya, kan?

p/s- gambar malam-malam tak boleh letak sini :-)
Tanjung Rhu, Lewat Malam
di bangku tepian laut
lewat malam yang gelita
kami berlima – zaen, rahimidin, shamsudin, zakir dan aku
menyerah diri kepada embun malam
bintang tinggi menyayup di angkasa
sesekali terganggu oleh nyamuk yang mendengung
sesekali ketawa kecil kami meletus
melihat rahimidin mengejar ketam angin
yang pantas membenam di pasir
menghilang dan muncul semula
esok kami akan berangkat
dengan rindu yang tidak terurai
dengan cinta yang tidak terpadam
betapa terhutangnya kami kepada laut
kepada bakau, kepada cemara, kepada beting pasir
kepada helang, kepada siakap, kerapu dan alu-alu
kepada kelambaya, cabang, belibis dan panglima
kepada kemuning, pandan, melur dan rerama di taman
zaenlah si helang merah perkasa
rahimidinlah si wangi kemuning
shamsudinlah si kelambaya yang menawan
zakirlah si bukit batu kapur penuh rahsia
akulah ridzuan si beting pasir yang timbul dan tenggelam
dalam lipatan ombak laut
kami datang kepada alam-Mu
dan tidak pulang-pulang
1-2 Mei 2010
Tanjung Rhu

Sumber siaran: Tunas Cipta, Mac 2011

3 comments:
Adik Wan,
Terharu ambo membaca puisi indah ini. Ingatan terus terbawa ke langit Tanjung Rhu tempat kita bercengkerama loka. Nasib baik 'cikgu lumayan' tu tak termasuk dalam puisi. Kalau tidak lagi syahdu kita dibuatnya.
Hahahahaha
salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)
Abang Sham yang baik,
puisi SO secara personal pun ada ni. tapi kena tunggu dapat sea write macam kanda zaen dululah hehehe. Pak cik lumayan puisinya masuk antologi yang lain hehehe
Post a Comment