Wednesday, April 20, 2011

Membaca Juga Satu Kerja


Membaca secara perlahan-lahan dan bergilir-gilir beberapa buah buku. Antaranya Di Negara Bayang oleh Ahmad Razali, Melayu Hilang Di Dunia oleh Khalid Salleh, Tafakur (antologi cerpen penulis ASASI) selenggaraan Osman Ayob, Hanya Makna oleh Siti Jasmina, Tajam Fatamorgana Roslan Shariff, Truth Globalize karya penulis Thailand-Malaysia, dan kertas kerja seminar Sastera dan Bahasa Melayu di USM baru-baru ini.. Dan beberapa buah karya 'pelik' hadiah dari sobat saya di Utusan Rozlan dan Badrul sempena 'Hari Kawan-kawan'. Selepas ini senarai panjang yang menunggu giliran ialah sebahagian buku murah terpakai yang saya beli di Pokok Sena tempohari. Di rumah, saya membaca di hadapan anak-anak. Di pejabat saya membaca di sela-sela menunggu waktu kuliah atau selepas habis kuliah; sambil-sambil membaca projek tahun akhir pelajar yang saya selia; atau waktu bosan menunggu pelajar yang patut diselia projek akhir datang, tapi tak datang-datang. Saya tidak pernah bosan membaca walaupun sebelum ini pernah saya bosan kepada buku-buku tertentu yang saya baca. Tapi bosan membaca tidak. Di pejabat perkara yang paling tidak membosankan dan menyakitkan hati ialah masuk ke pejabat dan membaca. Membaca tidak seperti kita menatap wajah kawan, wajah pelajar, atau pun wajah bos yang tak pernah kita suka, yang adakalanya memberikan kejemuan yang terlalu panjang. Membaca ialah satu terapi ghaib. Ia berulang dan berulang...

6 comments:

z@dH hiRsHAm said...

membaca memang terapi yang baik...
rindu zaman studi yang ada sepenuh masa untuk bergolek dan membaca.
hahaha...

MARSLI N.O said...

Sdr Benua Sunyi: Membaca menghindar kita agar tidak menjadi lupa.

MARSLI N.O

Della Fesyen said...

Saya suka membaca.
Saya sedang berusaha mengajar anak2 biar cepat membaca. Biar dia tahu, selain bermain membaca juga adalah satu mainan; mainan minda...

:)

benuasuluk said...

N,selepas habis zaman studi, bagaimana pula kaedah membacanya?
:-(

benuasuluk said...

Sdr. Marsli, moga-moga begitulah.

benuasuluk said...

RaRa, bacalah depan anak-anak. itu juga satu terapi senyap untuk mengajar anak-anak suka membaca