Monday, April 25, 2011


Pesta Buku

Tidak mahu dipanggil kolot, ketinggalan, atau tidak menyokong industri perbukuan, saya juga hadir, menyelit di sela-sela manusia yang ramai di PBAKL 2011. KLIBF, kata orang yang tidak sedar diri.

Ya, saya hadir. Hadir adalah satu kewajipan, walau pun membeli belum tentu suatu kemestian. Buku di rumah dan pejabat pun tak terbilang yang belum langsung disentuh. Yang penting, hadir. Maaf kepada kawan-kawan yang ada program Sofa Putih kerana langsung saya tidak menyinggah. Bukan kerana tidak mahu singgah atau pun sudah sombong. Maaf juga kepada kawan-kawan penulis yang ada sesi bertemu peminat di penerbitan masing-masing. Pun saya tak singgah juga. Saya hadir bukan pada masanya, barangkali. Selebihnya, orang macam saya tidak boleh terlalu berlama-lama sangat di tempat-tempat yang sesak. Rimas, senak dan pening.

Semakin lama hati saya semakin tawar untuk acara pesta buku, yang sepatutnya semakin lama semakin mengghairahkan saya. Tetapi tidak. Rasa tidak puas saya semakin tahun semakin merosot. Saya ingin melihat dan mencari buku, bukannya mahu diganggu oleh jurujual-jurujual yang entah apa-apa dengan soalan bodoh seperti ‘anak encik umur berapa?’. Senang saja saya jawab, ‘saya bujang lagi. Nak try saya ke?’ Oh, di pintu masuk juga ada penjual talian telefon bimbit yang sibuk ‘menghello-hello’ kepada pengunjung. Ada yang minta derma anak yatim. Macam-macam. Dan saya bosan.

Bosan-bosan pun, saya sambar juga beberapa buah buku; yang rasa saya bukunya dalam pasaran mungkin susah ditemui. Ya, salah satu sebab saya ke sana ialah kerana mahu mencari buku-buku yang susah ditemui. Buku yang senang cari tak apalah.

Apakah akan pergi lagi? Mungkin tidak. Cukuplah walau sekali. Duit bagian untuk membeli buku sentiasa ada. Mungkin di lain tempat sajalah saya membeli pula. Janji hadir, walau sekali.

3 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Saya juga menyelit di antara ramai, sempat tgk sofa putih dari jauh dan sempat juga membeli tunas cipta yg ada gambar En.Wan di dlmnya, walaupun agak ketinggalan :)

benuasuluk said...

jiha,
beli berapa TC tu? Patut belilah banyak sikit minta encik fellow edarkan pada seluruh blok kolej :-)

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

kalau boleh mahu beli TC byk2 tp apakan daya belum gaji lagi hu3 T_T