Thursday, April 28, 2011


Pesta Buku (2)

Janji saya untuk tidak mahu lagi pergi ke pesta buku, selepas pergi tempohari dusta belaka. Kalau sebelum ini pergi dengan sahabat saya yang bukan penulis, tapi sering membaca karya kawan-kawan saya, tapi semalam saya memilih untuk pergi bersendirian. Itu pun selepas saya fikir belian saya sebelum ini agak kurang berbaloi.

Perlahan saya menyusur bersendirian di gerai-gerai pilihan saya sejak pukul 10 hingga 12.30 tengah hari. Saya kira belian kali ini lebih berbaloi berbanding semasa kali pertama datang dulu. Buku sastera? Saya kira kunjungan kali kedua ini nafsu saya untuk buku sastera hampir tak ada. Hanya empat buah esei dan kajian sastera, sebuah kumpulan puisi, sebuah kumpulan cerpen, dua set buku cerita kanak-kanak untuk anak-anak dan dua tiga buah memoir. Selebihnya, saya lebih tertarik dengan buku-buku sirah nabi dan buku-buku agama, terutamanya tentang tasawwuf. Di gerai Mufti Negeri Sembilan saya temui buku murah yang menarik saya untuk membeli. Sejarah Nabawiyyah saya beli dengan harga ‘luar biasa’ di gerai Yadim.

Pergi lagi? Cukuplah. Tak mahu dah hehehe. Saya harap tak ada dah kawan-kawan yang ajak saya pergi lagi. Cukuplah. Yang ini pun setahun belum tentu habis membaca. Tapi dalam kepala saya tetap tak boleh lupa naskhah Masnawi Jalaluddin Rumi yang dijual RM 3600 untuk enam set lengkap oleh ITNM. Haruskah ini juga patut berada dalam rak buku kamar tidur di Saujana Utama?

8 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Masnawi Jalaluddin Rumi RM 3600? Wow!

muhammad fakhruddin said...

Abang Wan,
saya kecewa masuk ke dalam gerai Dawama/DBP. Nak cari Suluk Cinta pun tak dapat. Sekadar membeli buku Mitos Peribumi Malas.

Zaid Akhtar said...

nafsu berdusta

benuasuluk said...

Jiha,
yup. satu set 600. enam set dah 3600. Kalau awak anak murid yang baik, hadiahkanlah kepada saya uhuk huk.

benuasuluk said...

fakhruddin,
suluk cinta buku tak berapa bagus. kalau bagus mesti ada dalam kedai. Pi cari di Kota Bharu, ada 3 naskhah lagi. Di Alor Setar ada 2 naskhah kalau tak salah saya. Kat Ipoh ada lebih sikit. Minta tolong fatimah belikan. Kalau tanya saya, semua tempat saya pergi kalau ada buku saya, alamatnya saya sapu semua sebelum dilelong dawama.

benuasuluk said...

Zaid,
heh heh. Kau bertapa kat mana tahun ni, langsung tak berselisih dengan aku kali ni?

awangsulungmerahmenyala said...

sirah nabi kulit muka keras warna hijau tuh ka wan?mmg dh berzaman depa dok jual murah,aku beli time pesta buku taun bila pun dah lupa.
mastnawi ar rumi,waduhhh.mahal bangat.

benuasuluk said...

awang,
masnawi versi indon murah. Tapikalau pi nak usung bawa balik tu satu hal pula nak pikiaq. Bila nak pi hehehe