Monday, April 4, 2011



Murahnya Nyawa Seorang Anak

Saya menggigil menahan marah, dengan kalimah BABI terhambur daripada mulut – ekoran kes seorang pelajar di Perlis meninggal dunia; dizalimi guru sendiri. Apalah sangat daya seorang anak kecil berusia tujuh tahun. Walau apa pun salahnya, tujuh tahun tetap tujuh tahun. Murah benar nyawa anak ini, cuma RM 7 sahaja harganya; yang belum tentu benar atau tidak salahnya.

Dulu, saya selalu beranggapan selepas rumah, sekolah adalah tempat yang paling selamat untuk seorang murid. Namun tanggapan itu terpaksa saya ubah kini. Menghantar anak ke sekolah dengan doa dan curiga sekali gus. Tidak prasangka kepada guru, tetapi ketakutan tetap ada. Guru ini telah mencemarkan etika perguruan, dan turut memalit lumpur kepada ribuan lagi guru yang sangat baik, yang ikhlas mendidik anak-anak kita.

Saya sedih. Teramat sedih. Anak seperti adik Syaiful ini adalah anak kita. Tragedi ini adalah tragedi diri kita sendiri. Saya percaya, kesedihan saya ini adalah kesedihan semua orang.

Al-Fatihah adik Syaiful Syazani. Syurga tentu untukmu. Amin.

11 comments:

MARSLI N.O said...

Sdr Benua: Semoga kita becermin darinya.

MARSLI N.O

afna zakaria said...

encik wan,
sejak melahirkan anak pertama, saya sudah begitu gusar hendak menghantarnya ke sekolah kelak..
gusar dengan hal2 beginilah...

benuasuluk said...

Sdr. marsli,
moga-moga.

benuasuluk said...

afna,
dalam hidup percayalah, kita masih perlukan guru. Jadi, jangan sisihkan anak-anak kita daripada guru. Moga ini iktibar terbesar untuk kita; guru, ibu bapa.

afna zakaria said...

encik wan,
saya mmg tak nafikan pentingnya guru..saya nak mendidik sendiri dah tentu tak termampu..

cuma hal sejuta dalam satu seperti inilah yg agak membimbangkan hati ibu spt saya..

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Apa yang ada dalam fikiran guru masa memukul bdk tu? Dirasuk syaitan gamaknya!

benuasuluk said...

afna,seperti kata sdr. marsli, semoga kita bercermin darinya.

benuasuluk said...

diari, dirasuk, dan menjadi setan.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam Tuan Tanah
Ishh...murah sungguh jadi seorang guru hari ini. Ada juga orang yang tak mau hantaq anak pi sekolah sebab ada guru macam ni...tu guru tak ada sijil...jangan samakan guru yang ada sijil tauliah dengan yang tangkap muat,,nanti Lutfi marah...apa kata yang melahirkan anak pertama gusar nak hantar anak pi sekolah tu duduk di sekolah selama sebulan ka, setahun ka...rasa dan selami sendiri menjadi cikgu...jangan salahkan cikgu saja...Oh ya tuan tanah , saya pun tak setuju cara ustaz tu buat...tapi ada ka budak darjah satu sekolah kerajaan mati kena katok dengan cikgu...saya pun nak tukar kerja lah ..jadi pensayarah pula tahun depan..ajaq budak besaq..pula..

benuasuluk said...

Tuan anjung sena,
janganlah emo. Semua orang tau di luar sana masih ada beribu-ribu guru yang baik. Selama ini kita menjadi orang pun kerana guru juga. Tapi yang zalim tetap kita nyatakan zalim. Soal ada sijil atau tak bersijil, soal lain.
Oh tuan anjung, kalau nak lari dari jadi guru sebab kes ini, tuan silap kot. Tapi kalau nak beralih menjadi pensyarah macam kawan-kawan saya buat, sebab nak meningkatkan taraf hidup silakan saja. La ni ramai dah guru yang jadi pensyarah. Perkara biasa.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam tuan Tanah
Bukan emo , tapi ayat -ayat yang keluar dari entri ini menunjukkan ayat emo..terhadap kerjaya ini. misalnya ayat ini, sejak melahirkan anak pertama , saya sudah begitu gusar hendak menghantarya ke sekolah kelak...( ayat emo ni). Betul seperti kata tuan tanah , ramai orang lari dari kerjaya ini bukan sebab kes ini...tapi salah satu puncanya kes macam nilah...mungkin kawan tuan tanah tak cerita kot...sebab tu jadi perkara biasa nak lari dari perkara-perkara macam ni..tapi tak semua dapat jadi pensyarah macam kami hahahahaha jangan lah marah atau emo pula tuan tanah..hanya nak berkongsi pendapat sebab kami yang duduk dalam bidang ni..lagi pun saya dikelilingi cikgu bukan orng yang suka buat andaian sahaja. Sekali lagi minta maaf..kalau tuan tanah terasa...lagipun isteri tuan tanah pun cikgu...tentu tauan tanah faham kerjaya ini.