Pekan Nat, Pokok Sena
Di Pekan Nat, Pokok Sena, pekan sehari setiap hari Sabtu - di celah-celah manusia yang berpusu-pusu keluar-masuk mencari barang-barang dapur dan barang-barang basah, saya temui penjual buku terpakai, dengan buku-buku yang menggiurkan. Sempat saya kenali penjualnya, Nizam Shuib, penjual buku terpakai sepenuh masa. Di tengah terik matahari, saya memilih lebih 20 buku dengan harga cuma RM 50.00. Harga serendah RM 1 hingga RM 5 saja bagi sebuah buku. Ada yang tampak seperti agak uzur, namun masih boleh dibaca. Saya beritahu Nizam, kalau balik Pokok Sena lagi, saya akan singgah mencarinya untuk memilih buku-buku terpakai. Nampaknya saya sudah ada tempat lepak baru kalau balik ke kampung nanti :-).
Saya belek-belek sekali lalu ketika memilih buku. Kebanyakan buku terpakai ini dibeli dari sekolah-sekolah sekitar Kedah, Perpustakaan Negeri Kedah dan perpustakaan desa. Sampaikan kad pinjam buku dari perpustakaan pun masih ada. Celah Nizam, ada juga buku yang dibelinya sekitar Pulau Pinang. Terkejut dengan cara saya memilih buku, dia masuk ke dalam vannya dan mengeluarkan beberapa kotak lagi yang ada. Nizam hulurkan kadnya kepada saya sambil berkata, singgahlah lagi kalau balik, kalau ada masa boleh ke Kepala Batas. Dia, meniaga sepenuh masa buku terpakai di Kepala Batas dan seminggu sekali di Pekan Nat Pokok Sena ini. Saya senyum, sudah dapat kawan baru.
Ini senarai buku yang saya pilih:
1) Jambak 2 – selenggaraan Ahmad Kamal Abdullah, DBP, 1993
2) Teori Kesusasteraan Sezaman – Raman Selden (terjemahan Umar Junus), DBP, 1989
3) Pengurusan Dalam Islam – Ahmad Ibrahim Abu Sin, DBP, 1991
4) Bahasa Alam – Ma’arof Saad, Fajar Bakti, 1983
5) Menghadapi Cabaran - Dr. Mahathir, Pustaka Antara, 1982
6) Kuala Lumpur (Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP), DBP, 1991
7) Kelemayar (Siri Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991 – Zahari Affandi, UP&D, 1992
8) Asalnya Kuala Lumpur – Saidatul Safiah Ariff, Pustaka Mawar, 1992
9) Senyum Karyamin – Ahmad Tohari, PT Gramedia Pustaka Utama, 1991
10) Terang Bulan - Rahmat Haroun, DBP, 1991
11) Muzik Melayu Tradisi – Mohd Ghouse Nasuruddin, DBP, 1989
12) Kuntum Tulip Biru - Arena Wati, DBP, 1988
13) Orang Tua Di Kaki Bukit – Othman Puteh & Abdul Ahmad, DBP, 1981
14) Hadiah (Antoloji Cerpen Pilihan 1966-1970) – A. Bakar Hamid & Abdullah Hussain, DBP, 1972
15) Tragedi Empat Disember – Dzul Karnain Ithnain, DBP, 1985
16) Jatimula – Nazel Hashim Mohamad, DBP, 1976
17) Sang Puteri – Johan Jaaffar, Sarjana Enterprise, 1981
18) Dalam Keasingan – Mohamed Latiff Mohamed, Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1989
19) Melur Dari Vietnam – Abha, DBP, 1994
20) Intisari Tauhid – Al-Ustaz Hashim A. Gani, Malaya Baharu Press – tak tercatat tahun terbit
21) Konserto Terakhir (edisi pelajar) – Abdullah Hussain, UP&D, 2001
22) Peristiwa Di Pusat Bandar – Kala Dewata, DBP, 1987
23) The History Of A Soviet Collective Farm – Fedor Belov, Frederick A. Praeger Publisher New York, 1955
24) The Coral Island – R.M. Ballantyne, Collins Clear-Type Press, tak tercatat tarikh terbit ) bila saya google, novel ini terbit kali pertama tahun 1857)
25) Sementara Menanti – Ghazali M.A. – Heinemann, 1981 – bekas teman sefakulti, sejabatan dan setempat kerja di ASWARA
4 comments:
Sdr Benua Sunyi: Bertuah bertemunya. Jangan lepaskan mencari meutiara yang tertinggal di sana.
MARSLI N.O
Sdr. Marsli, Insyaallah.
Sudara:
Kepala Batas mana ya?
Kalau Kedah, mai no dia alamat ya
Saya dok Derang
Terima kasih tolong popularkan Pokok Sena
Sdr. Ilhami,
cuba cari sekitar pasar sehari kepala batas, jitra. Dah dekat dengan Derang tu. Tak pun boleh langsung ke Pokok Sena setiap sabtu, insyaallah dia mesti ada.
Post a Comment