Wednesday, September 29, 2010

Lebih 10 tahun lalu, saya pernah tuliskan puisi ini dalam rasa meluat. Saya cuba masukkan puisi ini dalam Suluk Cinta; tapi oleh kerana Suluk Cinta ketika itu kononnya akan dijenamakan sebagai buku remaja, maka sudah tentu puisi ini tertolak dengan sendirinya. Dan oleh kerana mood “transformasi puisi” masih menyala-nyala, saya perturunkan kembali puisi ini – lebih baik saya perturunkan di laman ini; kerana saya sangat percaya tidak ada editor sastera mutakhir yang berani untuk membaca puisi ini; apatah lagi untuk menyiarkan. Saya tidak mengubah apa-apa suara saya lebih 10 tahun lalu, puisi ini kekal begini tanpa editan semula – kerana rasa dan suara saya kekal sama. Selamat menjadi penyair kepada semua – kerana inilah dunia yang boleh dimasuki oleh sesiapa saja; tanpa lesen, tanpa ijazah, tanpa sijil, tanpa visa dan tanpa apa-apa!

menteri bersajak

bila menteri bersajak
segala palsu menjadi benar
segala kata menjadi makna
semua suara dikira wajar
semua rahsia menjadi cinta

bila menteri bersajak
setahun atau lima tahun sekali
apa jadi kepada penyair?
bila menteri bersajak
dunia seniman yang kelap
bertukar warna bagai lampu disko

bila menteri bersajak
mengambil tempat penyair tulen
si maling atau tukang sapu,
tidak teringinkah untuk turut
bersajak?

10 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

lu kasi ini sajak pada pak menteri ketika ada majlis membaca sajak,bagi pada dia jam jam tuh juga,hehehe.depa gila nak bersajak dia bukan nak tengok apa isi sajak tuh dah,biar sampai habis dia baca hehehe,baru betul menteri bersajak.

Nur Fatiha Fadila said...

"Selamat menjadi penyair kepada semua – kerana inilah dunia yang boleh dimasuki oleh sesiapa saja; tanpa lesen, tanpa ijazah, tanpa sijil, tanpa visa dan tanpa apa-apa!"

Terima kasih, En. Wan.

Hasmora said...

sepuluh tahun dulu demo ganah doh, hoh tabik spring jjetak 3 kali kawe ke demo...

benuasuluk said...

awang,
gua dah mengasingkan diri pada ac ara baca puisi yang melibatkan depa! So permintaan lu tak dapat wa tolong hak hak

benuasuluk said...

wardah,
tak perlu berterima kasih. "Statement" saya tidak bermaksud begitu; bacalah dengan saranan terbalik; atau sdr yang gagal melihat lapis kedua tulisan saya?

benuasuluk said...

mora,
justeru, bila demo tabik spring jjetak 3 kali, kawe juga kena balas semula jjetak 3 kali ke demo juga. ha ha.

Nur Fatiha Fadila said...

En. Ridzuan,

Meskipun berbentuk sebaliknya, terima kasih kerana di dalam yang sebalik itu tetap ada pelajaran untuk direnungkan.

Terima kasih, wassalam

edolah said...

smp bab ni..kawe yg tak blh cari makan...hehehe

benuasuluk said...

wardah,
sama-sama.

benuasuluk said...

kri,
demo bulih lagi cari makan; dengan mengajar puak-puak tu cara-cara nak deklamasi dengan betul. Dah jadi penyair kenalah pandai deklamasi, tak gitu?