Monday, October 4, 2010

Kedai Buku dan Dunia Silangkata

Saya semakin memahami, jika pergi ke kedai buku hendak membeli buku, beli sahaja buku yang terpamer di rak. Jika buku yang ingin dicari tidak ada di rak, usahlah mencari; walau pun sebuah buku yang dicari itu barangkali buku edisi paling terkini, tahun cetakan terkini, tahun terbit terkini, atau tahun ulang cetak semula terkini sesebuah penerbitan. Beli sajalah buku lain yang ada, dan diamkan saja kalau buku yang hendak dicari tidak ada.

Tidak perlulah bersusah payah bertanya kepada sesiapa yang ada dalam kedai buku kalau-kalau ternampak buku yang sedang dicari. Janganlah juga bertanya kepada pekerja yang bekerja di kedai buku, sama ada pekerja itu lelaki atau perempuan, sama ada pekerja itu kerjanya menjaga kaunter pembayaran atau pun kerjanya menyusun buku di rak. Saya semakin faham, kerana kerja mereka hanyalah bekerja di kedai buku. Tidak lebih daripada itu.

Tapi, saya selalu menyimpan ingatan yang jernih tentang seorang pekerja di kedai buku. Maaf bukan di sini – tapi di seberang; yang kononnya ramai menanti untuk menyula kita. Udin namanya; diperkenalkan oleh seorang teman baik saya. Ketika ke sana, saya membawa senarai panjang buku-buku yang hendak dibeli. Ada yang saya jumpa, dan ada yang tidak. Bila ditanyakan, pantas saja Udin mengambil senarai di tangan saya dan gegas-gegas mencari buku yang saya mahu. Ada yang dapat dicarinya. Itu belum membuatkan saya cukup kagum.

Bila dia tahu saya akan ada masa panjang seputar tiga, empat hari lagi di Jakarta, pantas dia menawarkan khidmat. Tinggalkan senarai buku yang saya cari, dia akan cuba berhubung dengan teman-temannya di kedai buku yang lain di sekitar Jakarta. Udin sendiri akan usahakan mencari agar saya bisa pulang semula ke KL dengan buku yang saya cari. Ini terus membangkitkan kekaguman saya kepada Udin. Dua hari kemudian bila saya berkunjung semula ke kedai buku tempat Udin bekerja, saya dimaklumkan oleh tuan empunya kedai yang Udin hari ini cuti atas hal keluarga. Tetapi di kaunter meja, telah tersusun buku yang saya minta dicarikan oleh Udin tempohari. Kepada tuan empunya kedai buku, saya titipkan ribuan terima kasih dan ucapan salam saya kepada Udin atas segala kebaikannya.

Dan, di sini, di tempat kita, saya belum pernah ketemu pekerja kedai buku sanggup berbuat begitu. Belum pernah. Jangankan berbuat apa seperti yang Udin lakukan, hendak ringan mulut bertanya pun tidak. Bila ditanyakan jawapan tidak pernah membuatkan kita sebagai pembeli ingin tersenyum. Jawapan yang sering diulang adalah cuba tengok di rak, kalau tak ada di rak, habislah tu. Macamlah buku penerbit kamu laris sangat terjual.

Kedai buku di tempat kita tak ubah seperti dunia silangkata. Satu huruf diberi, melintang atau menegak; huruf yang lain kita perlu isi sendiri. Dan kalau kita sampai jemu cari jawapan tidak dapat-dapat juga, kita akan keluar dari dunia silangkata itu. Itulah persepsi saya sekarang tentang kedai buku dan dunia silangkata. Saya semakin belajar, dan saya kira saya semakin mengerti.

Untuk hidup atau menjadi seperti Udin sangat mudah; tidak perlu sekolah tinggi-tinggi atau tidak perlu mengenakan tudung bergaya dari Butik Ariani! Sekianlah cerpen mini saya untuk kali ini.

22 comments:

FARAHNYEMAHMULYA said...

setuju 100%

awangsulungmerahmenyala said...

oh yang nih cerpen enche wan ka rupanya?oh faham lah saya,agak best.

"bang cuba search kat sudut komputer di sana tuh,kalau ada buku yang nak tuh ada lah dalam komputer tuh"

turrrrrr....

benuasuluk said...

Farah,
nampak seperti kita serasi, kan?
:-)

benuasuluk said...

awang,
jomlah, set masa kita pi cari Udin, nak? Hang belanja tiket flight, nanti sampai sana aku belanja hang teh botol kehkehkeh

lutfi said...

Di MAlaysia, aku hanya suka 3 kedai buku; Kino, Excess Book, MPH, Boders, ITMN. Kedai buku koperasi DBP, paling koman.

FARAHNYEMAHMULYA said...

serasi sgt.tapi kan
ada makcik dekat alamanda putrajaya letak buku HSKU kat depan dia kata buku ni bagus..tapi pengurus letak kat belakang.
ok lah jugak makcik tu..

benuasuluk said...

Lut,
koman spana, :-)

benuasuluk said...

Farah, mentang-mentanglah kita tak penah menang HSKU, haih!
Jom kita pi jumpa Udin, dah lama tak pi. Kalau farah nak ikut, abang nak kensel je ajak awang hahaha

awangsulungmerahmenyala said...

farah nak ikut hang ka?baik dia ikut aku sbb hang dah cakap satah yang manis dalam FB hang,apa hang ingat farah nih suka benggali karpet merah macam hang ka?kahkahkahkah,
hi farah yang manis.

benuasuluk said...

awang,
farah lain... hak hak. tapi selepas farah, sarah lah kehkehkeh

Korakora said...

udin? bukan hari tu kata namanya dewi? kah kah kah kah

benuasuluk said...

nazmi,
kau jangan buat pasal. Dewi, dewi. Dewi tu zakir punya hak hak. Aku tak pernah lagi ke seberang dengan zakir kehkehkeh

FARAHNYEMAHMULYA said...

eh farah nak cakap makcik tu dengan udin
bukan makcik tu dengan cik wan

apaadaaa
menang HSKU takde kena mengena..nak kate at least makcik tu tahu timbangla jugak taklah dia letak buku cintamu di tapak kaki cekamku kat rak depan kakakakakaka

FARAHNYEMAHMULYA said...

awang- kalau nak tahu cik wan ni..ada a-ani, b-bibah, c-cah, d-dania, e-ema, f-fatin..g-gayah

A-Z awek dia...dewi tu stok lain hahhahaha

FARAHNYEMAHMULYA said...

nak ikut nak ikut cik wan jumpa udin..hahaha

benuasuluk said...

farah, abang jawab tiga2 sekali ya:

i) OOO makcik tu pun jual buku macam udin ya?
ii)hah awang, cuba tengok macamana farah back up aku, :-)
Cuma farah kena betulkan huruf F tu, F bukan fatin, F maintain Farahana hakhakahak
iii) ok, kalau farah nak ikut jumpa udin, abang kensel lah nak gi dengan awang kehkehkeh

adiratno said...

Cerpendek hang tue bukan saja kat kedai buku saja, kat sesetengah kedai jual baju dalam seluaq dalam pun ada.

adiratno said...

Cerpendek hang tue bukan saja kat kedai buku saja, kat sesetengah kedai jual baju dalam seluaq dalam pun ada.

benuasuluk said...

adi,
yang tu biaq pi lah sebab tak menyumbang kepada dunia keilmuan, cewah :-)

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

cerita ini bagi kesan yg mendlm pd saya. Klau ke sana sy pun mahu jumpa Udin :)

benuasuluk said...

diari929,
hah apa lagi paksa cik abang ajak honeymoon kat sana :-)

FARAHNYEMAHMULYA said...

enche wan-bila pulak kawe back up..kawe cito yang benar..haha kata student semua perempuan aiseh.