Tidak Berbau
Benar kata orang lama kita – malang tidak berbau. Dan inilah yang terjadi pada saya lewat petang tadi. Sekitar 6:30 petang, saya parkir kereta saya di sebuah pasaraya di Petaling Utama. Saya dan anak-anak tunggu di dalam kereta, sementara orang rumah saya masuk ke pasaraya tersebut. Tidak sampai tiga minit saya parkirkan kereta. Di sebelah kanan dan kiri saya petak meletak kenderaan masih kosong.
Dan dalam tempoh tidak sampai tiga minit itulah tiba-tiba tidak semena-mena Persona saya disondol oleh sebuah kereta Naza yang hendak masuk parkir. Bahagian belakang kereta kemik dan calar balar dengan gurisan yang besar dan panjang di pintu belakang sebelah kanan. Pemandunya – remaja bersubang, anak bangsa Malaysia berkulit hitam legam. Ada dua tiga orang remaja sebayanya bersamanya ketika itu. Seorang daripadanya, anak bangsa Malaysia berkulit sawo matang.
Minta duit? Dalam keadaan macam itu, manalah nak ada duit terdesak. Saya catatkan segala butir tentang remaja bangsa Malaysia kulit hitam legam itu. Minta lesen, tak ada lesen. Kalau mengikut bintang Jabi atau Pokok Sena, budak ini sepatutnya sudah dapat “pelempang pi balik Kebun 500” saya. Tapi saya tak sampai hati. Nak buat macam mana, benda dah hendak terjadi. Walau pun tak pelempang, tapi panjang jugalah syarahan saya – dan dia pun berulang kali mohon maaf dan berjanji akan bayar semula kos pembaikan kereta saya. Entah betul atau tidak tak tahulah saya. Anak bangsa Malaysia berkulit sawo matang siap bersumpah-sumpah atas nama Allah lagi bahawa mereka tidak akan lari dan akan bayar ganti rugi. Saya cakap, dik kalau dah jujur tak payahlah sebut sumpah-sumpah guna nama Allah; Dia tahu kita jujur ke tidak.
Nampaknya minggu ini sibuklah saya ke bengkel kereta, nak ketuk kemek dan cat semula. Harap-harap sempat siap sebelum Jumaat sebab saya akan ke Melaka nanti.

1 comment:
Assalammualaikum, En. Wan.
Remaja itu memandu tanpa lesen dan menyusahkan orang lain. Memang wajar dikenakan tindakan. Semoga proses membaiki kereta akan berjalan dengan lancar.
Dugaan tu, En. Wan.
Post a Comment