Tuesday, June 15, 2010

Bafana Bafana
(1.6 Special Edition)

Radhi Mat Din, orang Pokok Sena – adalah sosok nama dalam sejarah terhebat bolasepak Kedah. Datanglah apa nama pun kalau yang tersangat hebat dalam bolasepak Kedah selepas ini, nama Radhi tetap teratas dalam sejarah bolasepak Kedah. Kegemilangan bolasepak Kedah berlangsung penuh makna pada zamannya. Pada saya, dialah legenda bolasepak Kedah.

Bila Radhi memanjat pentas PAS pada Muktamar PAS baru-baru ini – bercakap perihal judi bola – saya percaya di hati kami Radhi akan terus kekal menjadi legenda kami. Otak Radhi lebih bijak dari otak Awang Adek yang tak berguna sesen pun itu dan tak ubah seperti otak budak-budak “kanyiaq” lagi. Radhi menjelaskan kepada kita bagaimana judi boleh diatur – dari pasukan mana, minit ke berapa jaringkan gol, siapa pemain jaringkan gol dan serba serbi lagi. Pendeknya, di mulut Radhi judilah yang menjahanamkan bolasepak. Tengoklah apa sudah jadi dengan bolasepak Malaysia sekarang. Zaman Semi Pro dulu yang tetap diingati, bukan zaman profesional sekarang. Zaman itulah bolasepak mercup-hangat dan penonton melimpah ruah di stadium. Tapi zaman itu semua sudah berlalu. Lihatlah bagaimana judi dan rasuah sudah merosakkan zaman bolasepak kita. Kalaulah kemuncak zaman Semi Pro itu berlangsung hingga sekarang, saya percaya nasib bolasepak kita lebih baik daripada apa yang kita miliki sekarang. Saya selalu sebal bila bercakap bolasepak kita – dan selalu kesal bila teringat akan Azizol Abu Haniffah. Inilah antara pemain berkualiti terbaik yang pernah kita ada. Tapi semuanya jahanam kerana judi dan rasuah.

Saya percaya ramai yang memuji tindakan berani Radhi – walau pun bercakap di atas pentas politik. Saya, walau pun tidak menyenangi sepenuhnya Radhi bercakap di atas pentas PAS (kerana akan menjadi cekcok orang bahawa judi ini akan jadi isu politik saja). Sepatutnya, Radhi mencari atau menggunakan saluran lain untuk menyampaikan pandangan. Tapi, saya juga percaya dalam situasi sekarang itulah tempat terbaik, itulah saluran terbaik – bila Radhi memilih untuk bersuara di pentas PAS. Saya berharap tindakan Radhi ini akan memberikan suatu dimensi dan inspirasi baharu bolasepak kita – sementelah mengambil semangat yang sedang meria di Afrika Selatan sekarang.

Sehari dua selepas Radhi bersuara, tiba-tiba Tun kita bersuara. Oh kenapa denganmu Tun? Kenapa? Saya kira Tun sangat dan masih dihormati kita – tapi bila beliau bersuara seperti itu dengan menyokong kaki-kaki judi, oh semakin melurut rasa hormat ini. Kalau pun suka, duduk diam-diam janganlah bercakap-cakap lagi. Zaman Tun sudah berlalu. Biarlah kami orang-orang muda ingin mengenang yang baik-baik saja tentang dirimu. Dan sekarang, saya percaya Radhi lebih hebat dari dirimu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk – dalam konteks ini tentulah dalam hal kehidupan beragama kita. Wallahualam.

(ii)

Semoga Nigeria segera bangkit, Afrika Selatan teruskan prestasi baik, Korea selatan teruskan kejutan bergaya (belasah Maradona, dol!), Jerman teruskan kecemerlangan, dan Sepanyol buatlah sehabis baik cipta kejutan 2010 ini. Hip! Hip!
:-)
(iii)
Selain Korea Selatan dan Korea Utara - kalaulah juga ada Korea Timur, Korea Barat, Korea Tenggara, Korea Timur Laut, Korea Barat Laut, Korea Barat Daya; nescaya pasukan-pasukan Korea semua sekali akan sampai ke Afrika Selatan.
:-)

10 comments:

Anonymous said...

Kalau enggang yang bertelur mengapa pula pipit yang bersorak....

awangsulungmerahmenyala said...

radhi mat din pemain tengah terbaik yang pernah malaysia miliki.ini benar.

yang lain-lain tuh lantak p hang lah nak syok sendiri kahkahkah.

bola dok ada dlm prott lagi ka?

lutfi said...

Tak dak ulasan sepanyol semalam? Buatla ulasan istimewa sikit, kih kih.

Rasuah dan judi akan kekal dalam negara kita biarpun lepas ni siapapun yang jadi pemerintah. Ini kedengarannya sinis, tapi itulah struktur negara kita.

benuasuluk said...

enche tanpa nama,
apakah dalam hidup ini segala sorak sorai hanya enggang yang punya; sampai yang lain tak boleh bersuara. Sdr. sakit hatikah kalau pipit hendak tersenyum? tak payahlah nak menyamar buat provokasi.

benuasuluk said...

awang,
kalau ikut cakap lu, wa ni semua salah, lu sorang je betul, lu sorang je hensem. Lantak lu lah kehkehkeh oitt member lu jakparudin tu mati kebumi di mana kehkehkeh

benuasuluk said...

lut,
ulasan taik kucing hapa kehkehkeh. Kita buat ulasan malam minggu ni nak? jom kita minta hj sham open table hehehe

awangsulungmerahmenyala said...

kui kui kui...wa ingat semua dah setel hahahaha.ntah lah tak bernisan kot.

benuasuluk said...

awang,
wa setel sendirilah, angkat orang lain. baru start buat. So bermula minggu ni seboklah aku buat lawatan tapak hehehe

Sham al-Johori said...

Lut sang filosofi,
bukankah Spain main dgn semangat 'matador' mereka? Tapi bila kalah di kaki siwz ni, sy mula terfikir, adakah Spain berlatih main bola dgn lembu jantan. Kalau betullah fikiran tu, patutlah kalahhhhhh.

ii
nak buka skrin kat rumah pena dan open table, itu kena ajak pak Zakir sebab dia tauke panggung.Tak pun suruh aja syeikh Rahimidin buka gelanggang di IB aja.

alaaa kat Aswara pun ok.
iii

benuasuluk said...

sheikh,
amboi sedap ngata ke kita deh. Demo tunggulah nati matador bangkit hehe sebenarnya spain saja bagi kalah sebab kaki dah sebelah di quarter final, saja nak tunggu lawan mana je nanti hehehe