Temuduga Calon Pelajar Baharu
Menjadi penemuduga atau menjadi calon yang ditemuduga adalah satu sesi yang kadang meletihkan, kadang menyesakkan, kadang memercupkan ria. Tapi rutin tugas tetap perlu berlangsung. Minggu lalu, saya ke Johor Bahru untuk temuduga calon pelajar baharu ASWARA bersama-sama teman pensyarah fakulti yang lain.
Semakin lama saya di ASWARA (dan dalam penulisan juga tentunya), semakin memahamkan saya bahawa saya tidak perlu menyimpan harapan terlalu besar. Atau kata lebih tepatnya, saya tidak akan mampu mencari orang yang paling saya ingini. Maka, seperti beberapa tahun belakangan ini, calon penulisan yang datang, walaupun akademiknya cemerlang, tapi pengetahuan dan latar belakang mereka tentang dunia sastera sangat terbatas; dan lebih menyedihkan ada yang hampir tidak ada pengetahuan asas langsung tentang sastera. Memang tidak ada yang boleh memberikan secara lengkap senarai Sasterawan Negara yang kita ada (tanpa mengikut urutan dan tahun penganugerahan), bahkan buku apa yang dibaca pun tidak ingat, teks apa yang digunakan dalam KOMSAS pun sudah lupa. Apatah lagi untuk bercakap hal-hal besar seputar sastera.
Ini sahajalah kualiti calon mutakhir – padamkan sahaja mimpi untuk mencari calon seperti di zaman arwah Samoza, Ria Asmira, Jasmina atau pun Raihani. Memang tidak ada. Saya tidak menyalahkan calon 100 peratus. Sekurang-kurangnya mereka masih ada keinginan untuk mendekati penulisan dan dunia sastera. Sekolahlah yang bersalah. Atau Kementerian Pelajaranlah yang paling tepat seharusnya memikul beban kesalahan ini. Kerana merekalah yang menjauhkan sastera daripada anak-anak sekolah zaman ini. Mereka menjadikan pelajar sekarang buta sastera, bahkan memusuhi sastera. Sastera dibunuh oleh cerdik pandai di kementerian. Orang kementerian menjadi penasihat yang salah kepada orang-orang atasan yang jahil akademik dan sastera. Dan sekolah menutup satu demi satu kelas beraliran sastera. Cikgu-cikgu yang mengajar sastera pula tidak mesra sastera, dan hanya menjadikan buku rujukan sebagai “kitab” paling abadi mereka. Sebab itulah saya tidak menyalahkan anak-anak ini seratus peratus. Mereka boleh disalahkan jika sesudah diberi bimbingan masih lagi tidak mahu berubah.
Maka saya tidak akan menyimpan harapan atau keinginan terlalu tinggi mencari pelajar yang betul-betul memahami sastera. Dan bilangan pelajar baharu kami walaupun tidaklah menyusut teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya, tapi jelas menunjukkan tidak ada peningkatan ketara dalam jumlah permohonan dan juga yang diterima masuk. Dan kami akan terus gigih melatih anak-anak tentang dunia penulisan, dunia sastera; termasuklah bermula dari kosong kerana ada yang masuk tanpa apa-apa asas dan pengetahuan. Tak apalah, asalkan masih mahu belajar. Permata di pelimbahan pun saya percaya kalau digosok dan digilap suatu hari akan bersinar jua. Kerana saya jua percaya dekad mutakhir ini penulis tidak boleh lagi bergantung bulat-bulat sepenuhnya kepada bakat yang ada. Bakat sahaja tidak mencukupi sekarang.
Atas kepercayaan itu, maka kami perlu terus berdiri di sini – terutamanya untuk kami yang masih baharu di sini, dan masih muda tentunya. Perjalanan kami tentunya masih jauh – berbanding dengan orang-orang lama di sini. Kami pun tidak malu untuk mengaku kepada pelajar setiap hari pun kami masih lagi terus belajar. Justeru, selamat datang nanti kepada yang mahu untuk terus belajar!

Seth Hamzah, pensyarah Tari
Rime Nazreen dan Jolaina, pensyarah Teater dan Filem
kalau calon ini gagal, jangan salahkan saya; salahkan bilik temuduga yang tidak sesuai, maklumlah temuduga di hotel, :-)
Calon Tari ini kalau Encik Seth tak nak ambil, uhuk huk serah aja pada kami di penulisan
Sekali lagi jangan salahkan saya jika calon ini gagal mendaftar nanti; salahkan hotel tempat temuduga ini yang menjadikan kami berdua tidak selesa untuk bercakap hak hak
'pelakon' ini berpaling ke belakang bila disuruh melakonkan watak sedang menangis

orang Johor, mesti pandai zapin; tapi semua calon tari yang pandai zapin bila ditanya apa maksud zapin, semua gagal menjawab dengan tepat! Semua boleh menari tapi 'roh' tak ada
12 comments:
Pak Wan,ha ha hi hi hu hu, tralala tralili tralulu
hahahaha...
en wan masih sempat berlawak!
hak hak hak teringat masa saya temuduga tahun 2005, kejap je masa berlalu. hu3
Assalammualaikum, En. Wan
Saya pun sama juga macam calon-calon yang En. Wan ceritakan itu. Kontang ilmu dan pengetahuan walaupun yang paling asas mengenai sastera. Terasa kesal kerana tidak awal mengenal sastera.
Walau bagaimanapun, peluang belajar di Aswara banyak mengajar saya mengenainya. Terima kasih kerana menerima permohonan saya dahulu.
Rasa macam baru saja lalui sesi temu duga tu dan kini akan tinggalkan Aswara pula. huhu.
sheikh,
hoho huhu hihi haha hehe pewitt
bea,
saya mana reti berlawak. Serius apa hakhak
tengah,
ntah saya tak ingat 2005, bukan saya temuduga awak kot.
wardah,
mana saya ada terima permohonan awak dulu. yang terima permohonan bahagian kemasukan dan rekod hehe. Saya kat penulisan, tak pernah bertugas kat Kemasukan dan rekod, :-)
En. Wan, maksudnya terlibat dalam sesi temu duga saya. En. Wan duduk sebelah En. Z dengan muka sangat mengerunkan. hehe.
Makasih
cik wan gatey...
dah farah tak nak tolong garukan, :-)
Muka saya ada tu En Wan . haha . terima kasih sebab pilih saya. heehehe
Post a Comment