Sepagian Ahad, kami penyair-penyair “angkat” Tanjung Rhu memenuhi undangan Tan Sri Tajuddin Ramli untuk berkunjung ke ladangnya. Sayang, Zaen si helang merah tidak turut serta. Yang ada penyair kemuning, kelambaya, bukit batu kapur dan beting pasir saja haha. Sekadar untuk makan-makan, minum-minum, bersembang-sembang, berkenal-kenalan lebih rapat dengan Tan Sri dan keluarganya – yang lebihnya tentang seputar pengalaman kami di Tanjung Rhu dulu. Juga disentuh tentang penerbitan antologi puisi alam Tanjung Rhu yang sudah siap disusun. Akan diterbitkan dalam tempoh masa terdekat. Cadangnya akan diterbitkan dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Arab, edisi mewah tentunya.
Ladang yang diberi nama Ar-Raudhah ini letaknya di Kuang. Luasnya kira-kira 500 ekar. Ada 2,000 batang pokok durian, ternakan kambing dan juga kuda. Sayang, tidak sempat menjengah ke bangsal kambing. Ingin melihat kambing yang katanya baka jenis baik.
Ketika sampai, saya terperasan ada beberapa batang pokok meleluca lucadendren – spesis gelam. Segera ingatan terheret kembali ke Tanjung Rhu. Demam Pulau Tok Umai belum benar-benar kebah lagi. Diberitahu kepada kami, pokok gelam ini memang dibawa datang dari Langkawi – seloroh Tan Sri sudah dipesan kepada gelam bahawa ia tidak akan kembali semula ke Langkawi.
Ar-Raudhah ini memang luas, cantik dan menghijau. Teduh, damai dan tenteram. Boleh dibuat bengkel asas lakon, acara baca puisi dan sebagainya di sini. Boleh berkarya juga tentunya. Tanya Haji Shamsudin. Dia siap tulis sajak kuda lagi.
Kepada kawan-kawan yang tak bawa kamera, bolehlah copy gambar yang saya letakkan di sini.
mula-mula masa bersembang, Pak Aji Tangkak tak ada. Bila saya nak snatch tiba-tiba boleh pula dia ada di sebelah Tan Sri (gambar paling kiri) hehe
p/s -gambar boleh merakam seribu erti - cuba lihat kelima-lima mereka dengan gaya yang berbeda
hah yang ni ada le gambar saya, takkan Pak Aji Kelambaya je nak bergambar dengan Tan Sri hoho
entah apa yang Tan Sri Tajuddin cakapkan - mungkin katanya kat sini pun boleh buat baca puisi selain kat PENA dan ASWARA
selepas makan-makan, sesi perbincangan pun bermula dengan alu-aluan tuan punya ladang
Haji Sham khusyuk sungguh

gilir Dato' Anwar pula bercakap, memaklumkan status terkini penyusunan antologi puisi Tanjung Rhu
beramai-ramai selepas habis cakap-cakap

Tuan mufti terpejam mata le pula

inilah pokok gelam yang diterbangkan dari Tanjung Rhu

sebelum balik, singgah tengok kuda sebab Pak Aji Sham merengek-rengek nak naik kuda - tengah hari kuda nak tido le, dah siap mandi pun haa, :-)

apa daa dengan kuda dalam kandang pun takut, macam mana nak tunggang kuda

tengok, kuda pun buat muka seposen je Haji, tak nak dia kalau tuan nak panjat belakang dia hehe
5 comments:
Tuan benua suluk,
Oklah tu, gambar sebagai bukti kita jadi kawan orang kaya sekepap. Tapi pelik juga sebab ke mana perginya syeikh Zakir waktu kita ambil gambar tu?
Pelik ni? Licik, licikkkkk.
En. Wan pun macam tak berapa ramah saja dengan kuda-kuda tu, kuda-kuda pun sedar :)
Apa daa.
sheikh sham,
nak kawan dengan orang kaya sekejap ke lama hehehe.
Tak tahulah saya, sheikh zakir tu memang. Sesuai la jadi bukit kapur. banyak rahsia kehkehkeh
war,
saya sengaja je tak nak tunjuk peghak sangat. Orang kedah cakap pegahak tu sama denga kolot le, macam tak pernah jumpa kuda. Tapi awas, kalau saya dah pakai baju penunggang kuda dengan seluar ketatnya, saya dah tak pandang haji sham kehkehkeh
Hak, hak. Saya memang peghak pun En. Wan. Kali pertama dapat bermesra-mesraan dengan abang-abang kuda. Serasi bersama. Ha ha.
Okeylah, saya imaginasikan En. Wan lengkap dengan pakaian tu ... hmmm, macam koboi kampung pisang.
hehe :)
Post a Comment