Saturday, May 1, 2010

Tanjung Rhu



Beginilah akhirnya kami - 13 semuanya, ditolak oleh masa hingga kami terdampar di Tanjung Rhu, Langkawi. Kami - SN Dato' Anwar Ridhwan, A. Rahim Abdullah, Ahmad Sarju, Siti Zainon Ismail, Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman, S.M. Zakir - empat pelajar ASWARA; Nur Fatiha Fadila Abu Bakar, Siti Rabiatuladawiyah Abdul Hadi, Siti Fairuz Mohd Rawi, Khalila Ilia Ismail; dan juga saya terlibat untuk Projek Puisi Alam Tanjung Rhu di Tanjung Rhu Resort, 28 April-2 Mei 2010. Lima hari yang padat, dengan pengalaman puisi.

Ada kerja yang perlu kami bereskan segera, sebelum berangkat pulang Ahad nanti. Akan saya rincikan perjalanan dan pengalaman memikat dari Tanjung Rhu selepas usai semuanya.

No comments: