kepada pelancong politik
selamat datang ke daerah kami
dunia asing dalam benua teraneh
masuklah dengan lapang dada
kami hidangkan sandiwara lusuh
lakonan terburuk sebagai hiburan
di sini bukanlah tempat mendahulukan amanah
atau memenuhkan harapan manusia terpencil
di sinilah tempat kami para pendusta
selamat datang ke daerah kami
dunia asing dalam benua teraneh
masuklah dengan lapang dada
kami hidangkan sandiwara lusuh
lakonan terburuk sebagai hiburan
di sini bukanlah tempat mendahulukan amanah
atau memenuhkan harapan manusia terpencil
di sinilah tempat kami para pendusta
memperagakan seluruh kata-kata ganjil
di sinilah gedung menggegar janji
di sinilah medan tanpa susila
lihatlah kami bercakaran, berebutan
bertikaman demi kuasa dan penghormatan
selamat datang
ke daerah ganjil kami
kami tidak pernah menyesal
atas kesukaan kami
kerana politik itu nyawa kami
selamatlah menikmati cekcok
dan senda gurau kami yang tanpa batas
datanglah, dan lihatlah
bagaimana kami bermain retorik
dan menggayakan kata-kata
kami apungkan janji dan ikrar dalam rakus
kemudian kami biarkan semuanya
diterbangkan angin dan masa
mereka, orang-orang terpencil itu
kami biarkan hanyut dalam impian
selamat menonton
selamat meninjau
selamat membaca
selamat mentafsir
keanehan kami
di sinilah gedung menggegar janji
di sinilah medan tanpa susila
lihatlah kami bercakaran, berebutan
bertikaman demi kuasa dan penghormatan
selamat datang
ke daerah ganjil kami
kami tidak pernah menyesal
atas kesukaan kami
kerana politik itu nyawa kami
selamatlah menikmati cekcok
dan senda gurau kami yang tanpa batas
datanglah, dan lihatlah
bagaimana kami bermain retorik
dan menggayakan kata-kata
kami apungkan janji dan ikrar dalam rakus
kemudian kami biarkan semuanya
diterbangkan angin dan masa
mereka, orang-orang terpencil itu
kami biarkan hanyut dalam impian
selamat menonton
selamat meninjau
selamat membaca
selamat mentafsir
keanehan kami
6 comments:
Sedih.... sebal....
Dua ibu jari naik!
Tuan terlupa satu lagi selamat iaitu, KASSIM SELAMAT.
Sdr. Marsli,
apalagi yang boleh kita lakukan selain daripada terus bersuara dan bersuara
sorrow,
nasib baik ibu jari, kalau jari hantu haru, :-)
tuan madrasah,
sekarang sudah jadi KAMAL SELAMAT hehe
Post a Comment