Tuesday, April 20, 2010

Makna Sebuah Nama

Berhari-hari ini saya jenuh memecah-mecah, membahagi-bahagi, dan mengasing-asing huruf-huruf dalam nama saya. Haruskah saya terkam pulang ke kampung dan bertanya kepada ayah – mengapa harus begini diberikan nama saya? Mengapa terlalu Islamik sangat nama saya; dan terlalu Melayu koronya nama saya?

Bila ada orang mengelas-ngelaskan nama Kamalanathan, calon Hulu Selangor sebagai Kamal, Alan, Nathan – saya terkagum; hingga nafas saya tersentot. Dari kitab manakah orang ini belajar membuka rahsia nama? Sungguh saya nak belajar! Kerana sampai saat ini saya cuba mengeja-eja nama saya seperti kamal, alan, nathan tapi tidak jadi-jadi. Koman sungguh nama saya. Saya buntu!

Bagaimana hendak dipecahkan nama saya kepada iban, sakai, siam, india, cina, cina makloh, india muslim, kadazan dusun, murut serba mak nenek lagi? Sekiranya esok ADUN atau Ahli Parlimen tempat saya meninggal, dan katalah saya ingin menjadi calon – sahlah saya akan reput relai kalah; sebab nama saya tidak berjiwa slogan!

Saya tidak ingin menuduh semberono, tapi sangat percaya – konsep 1Malaysia yang gah dengan lapan nilainya tidak dirosakkan oleh sesiapa – kecuali seorang –yang itulah!

Atau saya salah – jika salah, bantulah saya mengecaikan makna nama saya; untuk saya bedak-bedakkan, bahagi-bahagikan serba sedikit kepada anak semua bangsa!

p/s – saya harap ‘anak’ saya tidak mengamuk mengajak saya ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk menukar nama; kalau tidak malu saya kena tulis entri Aku, Anakku dan Nama Baru Anakku, :-)

11 comments:

Korakora said...

aku rasa hijau ni hijau bendera pas.. kih kih kih

e-mel dah diterima, insya-Allah.

awangsulungmerahmenyala said...

saya suka dengan pelakon kamalhasan atau kamalahasan.India lebih dulu dan lama lagi semenjak zaman akhbar mempraktiskannya.

Sham al-Johori said...

Tuan benua sunyi.
Tuan perlu berbangga kerana nama tuan bertaraf antarabagnsa bukan 1Malaysia lagi.
Redzuan adalah gabungan daripada etimologi istilah;
READ: Baca (inggeris)
WAN: (gelaran darjat keturunan Raja Siam) @ disebut juga 'one'(satu) oleh org putih.
RED: merah (inggeris)// 'red indian' utk keturunan asli USA.
ZUAN: jenama sabun basuh

Oleh itu, tuan lebih tersohor daripada kami semua. Berbanggalah. Dan apabila tuan memilih istilah 'benua sunyi' utk blog ni, akhirnya terbukti betul dan tepat pilihan itu. Nama tuan mewakili nama benua antarabangsa.

Semuga tuan bahagian saat mendengar akan berita ini.

Wallah hu waalam. Percaya akannya membawa kepada kurafat. Hehehehehe

z@dH hiRsHAm said...

Makin pening dan nak muntah dengan senario politik... T_T

benuasuluk said...

Nazmi,
sekali lagi ko cakap hijau ni hijau pas, aku tukar dari hijau ke bijik remia, :)

benuasuluk said...

awang,
itu kamalhasan. ini kamalanathan, bukan kamal, alan, nathan. sembab sungguh!

benuasuluk said...

sheikh sham,
mendengar penerangan tuan, barulah lega hati saya. Rupa-rupanya begitu gah ye nama saya. Dah tahap glokal juga kan kahkahkah. Yang tak tahan tu jenama sabun tu boleh buat tercekik tau hehehe

benuasuluk said...

sorrow,
kalu mung balik kapung pung mung pening jugok dengang mat said dengang derih. same biul gak tu. Terlebih nasik dagang ngang kepok gote, :)

Che Kem said...

bila baca entri ni saya pun pikir balik nama saya KAMARULZAMAN... entahlah di mana nak letak 1Malaysia dalam nama ni. tapi syukurlah pada makbapak saya sebab bijak memberi nama yang paling panjang dalam adik-beradik saya. at least saya pun ada rekod peribadi

benuasuluk said...

chekem,
ZAMAN pun dah kira rekod juga tu, sepanjang masa tu. Jadi kiranya nama chekem tu tak terpadam ditelan zaman, :-); jadi tak payahlah nak risau sebab tak boleh jadi alan atau nathan. Silap-silap jadi gila macam ben nathan

chekem mirza said...

ouch!