Aku, Anakku dan Topeng Tersenyum
nota: hiasan cuma
BEBERAPA hari terluang ini, kukitari beberapa jalan dan lorong di pekan kecilku untuk mencari mainan anakku. Bukanlah penting sangat, tetapi menjadi sangat penting bila anakku asyik merengek-mengeluh bertanya mengapa aku belum membelikan lagi barang mainan yang dimintanya.
Mainan anakku kali ini bukanlah sekadar mainan biasa. Dia mintakan kubelikan padanya sebuah topeng. Bukan topeng biasa. Topeng manusia. Topeng yang boleh tersenyum. Di mana hendak kuraba mencari topeng orang tersenyum?
Banyak kedai yang kumasuki hanya memuatkan topeng mainan yang berupa mimesis daripada siri-siri kartun yang sering ditonton anakku. Pernah satu kali setelah puas dan jemu mencari topeng tersenyum, aku belikan ia topeng ultraman. Niat aku tiada lain – sekadar hanya ingin menduga keseriusannya terhadap topeng tersenyum itu. Topeng itu dibalingnya ke bawah dari apartmentku yang berada pada tingkat paling atas.
Rupa-rupanya anakku serius dengan permintaannya. Soalnya untuk apa, fikirku. Namun, persoalan tentang perlunya kenapa anakku mahukan topeng tersenyum itu tidak terlintas pula untukku menanyai dirinya. Terasa seperti tidak perlu. Inikan cuma permintaan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa; yang hanya mahu menyarung sebuah topeng ke wajah – bermain-main atau mengusik adik kecilnya ketika dia memakai. Selepas itu, sesudah jemu akan dibuang sahaja ketika jemu. Paling malang pun, akan dicampak sahaja ke bawah dari tingkat atas apartment yang kami huni sejak setahun ini.
Maka itulah, sejak beberapa hari ini kuhabiskan masa terluangku bagi memenuhi keinginan anakku. Sesudah habis waktu kerja, aku mengambil keputusan pulang lewat sedikit ke rumah bagi mencari topeng tersenyum ini. Semua kedai mainan kanak-kanak di sekitar pekan kecil ini kugeledahi. Namun hampa.
Hari ini aku memasuki lorong terakhir sederet kedai di pekan kecil ini. Hanya ada dua buah kedai mainan sahaja. Kedai mainan pertama yang kumasuki langsung tidak menjual topeng mainan. Kata tuan empunya kedai itu ( entah tuan atau hanya pekerjanya) memberitahuku topeng tidak baik menjadi mainan kanak-kanak – selain menakutkan orang, topeng juga berupaya membuatkan anak-anak mendustai dirinya sendiri. Dengan jawapan itu - yang sedikit membuatkan aku tersentak dan terasa darah aneh menyerbu ke wajah, aku segera bergegas meninggalkan kedai ini.
Sebuah lagi kedai mainan betul-betul terletak di hujung lorong ini – dan lorong ini betul-betul berakhir di kedai ini. Seperti sedikit tersorok. Dan ketika kumasuki langsung tiada pelanggan waktu itu.
Kedai mainan kanak-kanak ini benar-benar mengejutkan dan mengujakan aku. Entah betul kedai ini kedai menjual barang permainan kanak-kanak atau apa. Percaya atau tidak, kedai ini hanya menjual semua barang yang berbentuk topeng sahaja. Daripada topeng yang diperbuat menggunakan kertas, kayu, plastik dan besi semuanya ada terjual di sini. Daripada sekecil-kecil saiz hinggalah yang terbesar sekali, pada perkiraanku sebesar kepala gajah. Bentuk-bentuknya juga pelbagai jenis. Ada yang digantung, ada yang diletak di meja – bahkan ada juga yang di letak di lantai sahaja; barangkali kerana tidak cukup tempat untuk meletaknya.
Kepada penjaganya kutanyakan adakah topeng yang berupa orang tersenyum. Katanya kemudian, aku merupakan orang terpilih. Mujur di kedainya hanya cuma menjual satu sahaja topeng tersenyum. Anehnya kata penjaga kedai ini, topeng tersenyum ini sedari dulu tidak laku dan dibeli orang. Patutlah bila melihat keadaannya sedikit berabuk. Kiranya mujur aku tiba pada masanya. Lantas, tanpa berfikir panjang, aku membawa topeng tersenyum itu ke kaunter untuk membayar.
Ketika hendak membayar, penjaga kedai menawarkan sesuatu yang menarik perhatianku. Katanya, aku barangkali tidak terlalu sempurna jika hanya membeli topeng tersenyum. Aku patut juga membeli topeng menangis katanya. Dan anehnya, stoknya juga ada satu sahaja. Bahkan kalau aku sanggup membeli kedua-duanya – topeng tersenyum dan topeng menangis, aku akan dikira membayar hanya satu sahaja. Ertinya, beli satu percuma satu.
Wah, meniaga jenis apakah seperti ini? Kata penjaga kedai ini lagi, dia tidak mahu menanggung beban lagi menjual kedua-dua jenis topeng ini. Sudah bertahun-tahun topeng tersenyum dan topeng menangis ini tidak laku.
Kemudiannya aku pulang berlenggang dengan senyum meleret kerana hajatku – hajat anakku sebenarnya yang berhari-hari menjadi beban kepadaku akhirnya sudah terlerai dengan topeng tersenyum berada dalam tanganku. Bahkan aku mendapat satu topeng iringan berupa topeng menangis, walaupun aku tidak tahu untuk apa gunanya. Bahkan belum tentu turut disukai anakku. Membaca fikiran anakku, aku sedar topeng menangis ini akan dicampak keluar sahaja oleh anakku dari tingkat paling atas apartmentku ini.
Anakku menyambut pemberianku tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya. Seperti kuduga, dia hanya mahu topeng tersenyum sahaja, dan topeng menangis itu dipulangkan padaku. Katanya padaku, ambillah topeng menangis itu; manalah tahu besok-besoknya ada kegunaannya untukku topeng menangis itu. Dengan wajah tanpa ekspresinya, anakku pun memakai topeng tersenyum itu di kepalanya hingga betul-betul menutup mukanya.
Dengan tidak semena-mena, kulihat ada beberapa tetes darah terbit tiba-tiba dari penjuru mata dan dari celah bibir topeng tersenyum itu. Terperanjat aku sebentar. Mulanya kukira darah itu daripada tubir mata dan celah bibir anakku. Akan tetapi bila kemudiannya anakku menanggalkan topeng itu, ternyata wajah anakku tiada apa-apa kesan darah. Kuperhatikan topengnya – tenyata ada kesan darah yang masih berlelehan dari celah mata dan bibir topeng tersenyum itu.
Aku menganga mulut seluasnya – melopong dan tidak mengerti. Dan kemudiannya aku menjadi terkesima bila anakku menyatakan bahawa dalam hidup kita ini ada banyak perkara yang harus membuatkan kita untuk terus tersenyum pada perkara yang sebenarnya harus kita tangiskan. Kita hanya berpura-pura sahaja tersenyum dan tertawa, sedangkan hakikatnya ada tangisan dalam diri kita.
Kagum sangat aku. Dari manakah anakku ini mengutip mutiara kata – sehingga aku terasa terlalu amat kecil diri ini bila melihat kedewasaan anakku. Seperti mengajarku – juga seperti menyindirku. Terlalu banyak perkara dalam hidupku mutakhir ini yang sengaja aku pura-purakan untuk tersenyum di atas perkara yang sebenarnya harus kutangiskan.
Topeng menangis itu, kata anakku – simpanlah baik-baik. Manalah tahu suatu hari nanti ada gunanya – mengajar kita untuk menangis pada perkara yang harus kita tawakan.
Aku terdiam. Tidak terkata apa-apa lagi.

10 comments:
En. Wan, tulisan ini sangat sarat ertinya dan saya sangat tertarik dengan topeng menangis itu.
Terima kasih.
En. Wan beri tahu saya di mana kedai topeng ni.Saya mahu belikan topeng kepada mereka yang berdua muka :)
en wan
topeng muka selamba tak ada ka..
dalam hidup kita ni banyak sangat perkara yang salah kita buat selamba ja....
semua di antara kita sedang bertopengkan kepura-puraan.
tanpa topeng wajah sebenar kita hanyalah sebuah tangisan berdarah yang tiada berpenghujung.
wardah,
ini cerita topeng tersenyum, bukan topeng menangis. Topeng menangis ada, tapi kemudian-kemudianlah.
tengah,
kenapa tak cakap awal-awal? Nanti saya pergi lagi saya tengok ada tak jenis topeng yang awak minta tu. Itu pun kalau anak saya nak topeng jenis itu juga barulah saya cari, ya :)
anony,
belum ada promosi lagi gamaknya jenis topeng muka selamba ni :)
awang,
agak-agak sekarang ni apa jenis topeng yang sdr sedang pakai kalau "semua antara kita" tu termasuk dengan sdr?
mestilah topeng otromennnn taro!
awang,
lu beli satu topeng untuk japar kawan lu tu; topeng kura-kura sesuailah dengan dia
Post a Comment