Wednesday, April 14, 2010

Geng Titi, 1987



Pantas bila menerima kiriman gambar ini melalui facebook oleh Suhaimi, teman lama sekolah dahulu, terasa zaman kanak kembali bertandang. Ini antara gambar yang saya tercari-cari tapi entah di mana saya hilangkan. Justeru, terasa terbebat beban rindu bila ketemu gambar ini yang dikirim di laman maya oleh teman lama.

Ini antara teman lama di Sekolah Kebangsaan Haji Idris, Tajar, Kedah. Ramai lagi yang tak ada dalam gambar. Oh rindunya! Sekolah ini terletak dalam Kampung Titi Haji Idris. Jadilah kami 'budak titi.' Luqman Hakim khabarnya pernah sampai ke sini. Entah, mengejar cinta lama dia kot hehe.

Menatap gambar ini, dengan melihat fesyen rambut saya itu membuatkan terbit ketawa sendirian - saya memang "ganas" dari dulu. Gambar ini dirakam di Zoo Taiping sewaktu rombongan sekolah, Ogos 1987. Hampir 23 tahun. Ada yang sejak 23 tahun terpisah langsung tidak pernah berjumpa. Ada seorang dua yang terjumpa, kemudian ghaib semula. Apa khabar semua? Di mana mereka kini? Rindu dan ingatan ini melebihi segalanya. Setiap kali pulang ke kampung, saya sengaja keluar di Tol Pendang, kemudian melewati Titi, sebelum membelok ke Pokok Sena. Kerana mahalnya ingatanlah. 'Non Chik' teman yang disayangi, di mana dia sekarang? Fizin si genit anak dara Cikgu Zizah selalu hadir dalam ingatan - 'cinta monyet' pertama di sekolah rendah yang sampai ke akhirnya tak terluahkan; di mana gerangan kini? Gedik saya, sekolah rendah lagi dah gatal! Banyak sangat ingatan bertimpa-timpa, sampai tidak tahu mana satu yang mahu saya catatkan di sini.

Lalu, saya buat keputusan tak nak tulis apa-apa, nanti berjela-jela, jadi memoir pula ha ha. Cukuplah gambar sebagai ingatan. Tapi, gelaran yang diberikan oleh kawan-kawan kepada saya sangat saya hargai, sampai sekarang saya menyimpan nama itu.

Sudah lama saya keluar dari serkup desa dan kenangan; ketika musim-musim persahabatan yang terasa seperti tersangat jelita - dan tanpa prasangka tentunya!

8 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

gambar ni tahun saya lahir huk3
En. Wan yang mana satu ek? :D

awangsulungmerahmenyala said...

oh memori yg mempersonakan,enche wan kat tepi dok mencangkung tuh hahaha rambut sempoi bro.gambar kita kat syed omaq mana dia?

benuasuluk said...

tengah,
mudanya awak hehe.Jangan bagi tahu awang, tekaan dia tu salah. Saya bukan yang dok tepi hehe

benuasuluk said...

awang,
memang mempesonakan. Gambar ni tahap persona type SE heheh. Anyway gua bukan yang dok cangkung kat tepi tuh. Yang tu kamceng gua, samad namanya. Perhatikan lagi, perhatikan lagi, :-)

awangsulungmerahmenyala said...

lu dok mencangkung bertinggung 3 dari kanan belakang ada gajah sehensem lu kahkahkahkah....

Luqman Hakim QA said...

aku cari maggie sup aje la kat kg hang tu...mmg sedap. tp mungkin tak ada dah

benuasuluk said...

awang,
nanti gua cari gambar geng kita yang baik punya - terutama gambar aku dengan syaja dan mona heheh

benuasuluk said...

luqman,
takkan sampai pi titi cari maggie sup, ke cari anak tuan kedai maggie sup? ha ha. Aku dah lama tak masuk dalam kg titi, takat balik lalu saja. Dulu selalu lepak kat kepala titi tepi sungai besar tu