Monday, May 10, 2010

Diskusi Kumpulan Puisi Tiga penyair & Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Puisi Tun Razak

Kawan-kawan, Fakulti Penulisan ASWARA mempersilakan semua hadir ke Diskusi Kumpulan Puisi Tiga Penyair esok, 11 Mei 2010 (Selasa), 10:30 pagi di Bilik Persidangan Utama, ASWARA. Kumpulan puisi yang dibicarakan ialah Perjalanan Salik (Rahimidin Zahari), Ingin Jadi Nasrallah (Faisal Tehrani) dan Suluk Cinta (Ridzuan Harun). Pembicaranya Prof. Madya Arbak Othman (Perjalanan Salik), SN A. Samad Said (Ingin Jadi Nasrallah) dan Zaen Kasturi (Suluk Cinta). Pak Sheikh, Abang Ngah kami isytiharkan di blognya sebagai Diskusi Buku Puisi Tiga Bekas MPR. Bekas yang macam mana kena tanya dialahlah. Entah bekas yang masih berbekas, entah bekas yang yang sudah tersisa, tak tahulah. Suluk Cinta saya sudah agak lama, sekadar jadi peneman untuk buku baharu Rahimidin dan Faisal sahaja.

Selepas acara diskusi, akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Puisi Tun Razak, juga di tempat yang sama. Sayembara yang dianjurkan pada tahun lalu inilah baru ada masa untuk mengadakan majlisnya. Walaupun terlewat, tidaklah terlalu lewat dan dihimpunkan bertahun-tahun seperti sebuah sekolah yang dikepalai oleh “Awang Batu” mengikut kata Pak Sheikh kami.

Jemput ya!

4 comments:

Sham al-Johori said...

Tahniah tuan tanah,
Program yang berjaya dan mendapat pengiktirafan. Teruskan kesungguhan walaupun nampak 'main-main' tapi tajam menikam.
Salam dari kejauhan.

NASSURY IBRAHIM said...

Sayangnya saya tak dapat hadir.

benuasuluk said...

Tuan Haji Sham,
terima kasih datang menyokong; dan tahniah sebesar tanjung rhu atas kejayaan lelaki mawar di puncak tamadun.

benuasuluk said...

Tuan Nassury,
tak apa, sokongan dari jauh pun dah bermakna. Nanti berkesempatan saya emelkan kertas kerja