Sunday, May 16, 2010

Cikgu, Betapa Banyak Kami Terhutang
Puisi ini saya tulis untuk kumpulan puisi kanak-kanak saya yang masih saya simpan manuskripnya. Sempena hari guru hari ini, saya perturunkan puisi ini. Selamat Hari guru kepada semua guru kita.
Pelita Guru

Dari aksara pertama
dia memimpinmu
membentuk kata pertama
dari kata pertama
dia membawamu
membentuk ayat pertama

Lalu, kau pun pandai membaca
menghafal dan mengira
dari ayat pertama itulah
kau berdiri membaca makna

Jangan padamkan pelita
yang telah gurumu nyalakan.

3 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Selamat hari guru En.Wan....

benuasuluk said...

seperti dulu, saya masih keberatan untuk menerima ucapan ini. tinggi sangat untuk sampai ke situ. Apapun, tk kerana selalu ingat.

Nur Fatiha Fadila said...

selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru

terima kasih kerana memaknakan erti guru.