Wednesday, March 3, 2010

Perang yang Lagi Satu

Kalau saya dipilih menjadi panglima perang. Kalaulah.

Sebelum berperang, saya akan melihat diri saya. Saya perlu melihat pasukan saya. Saya perlu tahu apa kekuatan, dan apa kekurangan pasukan saya. Saya perlu berjumpa dengan pakar strategi perang pasukan. Saya perlu tengok pasukan berkuda saya. Saya perlu tengok pasukan pemanah saya. Saya perlu tengok pasukan panji-panji saya. Saya perlu tengok pasukan perubatan kami. Saya perlu tengok bala tentera saya. Saya perlu tahu logistik kami. Saya perlu tahu dan perlu kenal kesemua ahli angkatan saya. Saya perlu tahu semuanya. Saya perlu berjumpa dengan ketua setiap unit angkatan perang saya. Saya mahu tahu cerita sebenar. Dari semua angkatan saya. Yang baik – dan yang tidak molek jua. Dengan mengetahui sebenarnya, barulah saya tahu dan barulah saya boleh merancang bagaimana untuk bertindak. Saya tidak mahu membentangkan strategi saya, apatah lagi mahu membuat arahan tergesa-gesa, tanpa mendengar dulu pandangan penasihat dan cakap orang-orang bawah saya. Saya panglima perang. Sebagai panglima perang, saya mahu mati syahid, tapi saya tidak mahu mati bodoh kerana saya sebagai panglima yang silap. Saya panglima yang manusia – yang ada ketidaksempurnaannya. Justeru, walaupun idea saya hebat di mulut atau di kertas barangkali, namun saya perlukan pembenteng.

Saya tidak mahu tahu kekuatan musuh atau kelemahan musuh – kalau pasukan saya tidak bersedia sepenuhnya. Mereka tidak penting bagi saya. Mereka cumalah sepasukan musuh yang mahu saya cencang empat belas. Saya hanya mahu tahu pasukan saya. Hanya jika pasukan saya siaga dan sempurna, baharulah saya mahu tahu dengan siapa saya akan berperang. Saya tidak boleh berperang kalau pasukan berkuda saya sedang tidur. Saya tidak boleh berperang kalau pasukan pemanah saya sedang makan. Saya tidak boleh berperang kalau pakar strategi saya sedang berhibur. Saya tidak boleh berperang kalau semua soldadu saya sedang lepak-lepak. Semuanya. Semuanya. Tak guna jika saya melangkah ke medan, apabila berpaling ke belakang, cuma saya sahaja yang sendirian. Orang-orang saya tidak bersama saya. Hidup saya dan hidup kita tidak boleh sendirian.

Walaupun saya panglima tertinggi dalam angkatan perang, saya tetap tidak mahu sendiri. Keputusan ini antara hidup dan mati; antara kalah dan menang. Saya hanya mahu ketika saya melangkah ke tengah medan sewaktu genderang dipalu, saya yakin satu-satunya panglima yang berdiri di hadapan itu hanya seorang – sayalah! Saya hanya mahu semua yang berada di belakang saya hati mereka ada bersama saya. Jika tidak, jadilah saya sang pemacu yang sia-sia.

Kalau saya dipilih menjadi panglima perang. Kalaulah.

6 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam,

kalau saudara menjadi panglima perang iyer?urmm...ok saudara jangan lupa membawa bahan pengangkut najis muahahahaha...

panglima kena buang najis yang tersendiri takleh bercampur dengan soldadu najis panglima perang mulia muahahaha....

wa baru tahu saudara cerita ada najis mulia iyer muahahahaha....

Adinda Bea said...

mengingatkan saya tentang cerpen PERTEMPURAN.

z@dH hiRsHAm said...

Salam singgah,
Kalau... en.wan...
Ianya selalunya mengenai kalau!

benuasuluk said...

awang,
haha. Dalam dunia "kerja" pun kita sebenarnya macam perang juga. kan? Kan? kan?

benuasuluk said...

adinda,
barangkali ada kesamaan. Tapi saya punya analogi yang lain.

benuasuluk said...

sorrow,
ya, kalaulah!