Sunday, February 28, 2010

Sekitar Wacana yang Lalu

Alhamdulillah, Siri Wacana Industri Kreatif (sebenarnya Siri Wacana Sastera) kami yang pertama berjaya dilaksanakan. Walaupun majlis dan khalayaknya sedikit kecil dan mengecil, tapi kami seperti merasakan inilah Siri Wacana kami yang paling efektif dan berjaya. Khalayak yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, dan kakitangan dalaman seperti puas hati dan apa yang hendak disampaikan oleh panel semuanya seperti tiada kekangan atau hambatan. Jarang kita memberi orang di belakang tabir dalam penghasilan dan penerbitan buku untuk bersuara. Maka, kali ini kami berikan platform kepada mereka untuk bercakap. Tiada khalayak dari luar. Barangkali inilah yang perlu "difikirkan" kembali oleh pengurusan tertinggi kami apabila mengenakan bayaran RM 25.00 sebagai pendaftaran masuk. Alahai! susahnya kalau kita bercakap tentang tanggungjawab sosial dan tuntutan yang mendesak. Apa-apa pun, siri pertama ini mencatatkan kejayan tersendiri (juga berjaya menjadi program pertama ASWARA yang mengenakan bayaran kepada orang luar yang datang). Kami akan kembali dengan Siri wacana yang lain nanti...



tenangkan fikiran hilangkan menggeletar di kamar benuasuluk sebelum acara

Haji Faizal Musa sebagai moderator memulakan sesi wacana dengan judul Posisi Lukisan dan Grafik dalam Cereka dan Kesannya Terhadap Industri Kreatif


Nurazmi Mokhtar, penulis novel grafik Mambo di Kuale. Di belakangnya, adalah senarai ilustrasi dan grafik buku yang dihasilkan beliau. Orangnya optimis, adakalanya sinis sekali

Nurazmi memberitahu beliau sekarang sedang membaca kitab Hindu. Filem Avatar itu menurutnya memang ada pengaruh dari kitab inilah


Enche Naga sedang marah "akak." Ada beberapa kata Naga yang sempat saya salin -sinis, tajam, pedas, pedih, sesekali menggeletek hati

(i)" Dalam dunia penerbitan, pelanggan selalu betul; kalaupun pelanggan salah selalunya mereka selalu betul!"
(ii) "Kita memang nak buat buku macam tu (seperti yang dijual di MPH), tapi "akak" tak setuju. "Akak" ada PhD, kami takder!"
(iii) "Di Jabatan Grafik, walaupun kami ada duit, tapi kami selalu tak ada modal!" - Ayat ini membuatkan bilik persidangan riuh rendah dengan ketawa yang hadir
(iv) "Dalam 'cerita' saya, watak penjahat ialah editor." - merujuk kepada ilustrasi kulit buku dihasilkan. Ayat ini kalau editor DBP tahu, ia membolehkan Naga disula seperti watak Leha Kebaya Jarang dalam Siapa Kekah Bidan Sepiah
Cukuplah, banyak-banyak saya qoute nanti lebih ramai orang (editor) urut dada dan naik angin


"Ini buku yang malang! Ntah sapa penulisnya! Sepanjang menjadi "King of Kaver", buku inilah yang paling banyak saya buat rekaan kulitnya. Semuanya ditolak!"

Nota: saya agak terkesima juga bila Naga menjadikan kulit buku saya sebagai sebahagian daripada "kajian kesnya"


Menepuk dahi, (degil betul "abang dan akak"!). "Apa salah ke kita letak gambar penulis di kulit buku? Kenapa album semua artis yang laku, album artis yang tak laku semua letak gambar mereka? Kenapa penulis sendiri tak boleh? Belum sampai masa? Habis, nak tunggu terkenal macam Pak Samad baru boleh letak muka sendiri dalam kulit buku?"


Antara yang hadir, Kak Anis pun ada


awek cun yang turut ralit mendengar


Wacana ini turut menggamit kehadiran pensyarah Muzik dan Seni Halus


Ahh, bintang filim kami Mat Konon Hati Malaya yang "kontroversial" pun datang, duduk pula di tempat paling tersorok

sesi soal jawab bersama khalayak

Terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih juga kepada semua yang membantu terutamanya Tuan Haji Faizal Musa. Kehadiran beliau di sini memberikan kami lebih "warna". Juga teman-teman lain. Jumpa lagi di Wacana akan datang.

21 comments:

sinaganaga said...

ok, walaupun saya masih tercari-cari di mana tandas - kini, saya sudah tahu di mana tempat untuk merokok, ha ha.

chekem mirza said...

sesi yang bermanfaat untuk saya. terdedah juga kepada saya bahawa rupanya 'akak' lah yang memburukkan rupabentuk buku DBP selama ni. Kesian nasib designer ya.mereka yang pakar tapi kepakarannya dinafikan oleh 'akak'. Thanks wan.
p/s: Jepp tu bercakap ke menangis?

z@dH hiRsHAm said...

Seronok nampaknya...
Teringin sangat nak pergi,
Tapi apakan daya...
Sodeh!
p/s: Lama tak dengar khabar, en.wan? Sehat? Saya naik lagi 12 kg sejak bertapa di kg. Hahahaha...

sinaganaga said...

:Itu sebab saya sokong Cuepacs!" HA HA.

sinaganaga said...

Ce'Kem,
Bukan semua editor seperti yang saya ceritakan. Tapi, he he, dah nasib saya kot, asyik dapat projek 'akakkkkkkkkk' 'ja! HA HA.

Lady,
Rugi tak mari tau!

sinaganaga said...

Kak Anis ketawa koh keh koh keh. Ya, saya nampak tau, Kak Anis! Wakakakakakaaa...

benuasuluk said...

Ga,
jemputlah datang meerokok lagi
:)

benuasuluk said...

ce'kem,
saya baru nak cakap tapi naga dah tinggalkan komen semula. Ya betul cakap naga, sebenarnya ramai lagi editor yang bagus-bagus. dah nasib dia bekerja dengan editor yang sebaliknya nak buat macam mana. Anyway, naga memang king of kaver!

benuasuluk said...

sorrow,
hui lama bebenor ngko hilang. Hidup lagi anak murid aku ni?

benuasuluk said...

Ga lagi,
tapi omar osman taik, tak sokong cakap anak buah pula. Agaknya dia suka akak jadik bos! haha

benuasuluk said...

lagi-lagi Ga,
ya, ya setuju. Eh, lu bukukan travelog lu ke jepun yang dalam dewan siswa dolu-dolu tu. Gua jadik editor. Takpe, gua kan abang hak hak

benuasuluk said...

Laa lagi-lagi Ga,
ya, gua dengar kuat betul kak anis mengekek. rugi akak-akak lain tak datang mengekek sama macam kak anis

z@dH hiRsHAm said...

Itulah pasalnya...
Hidup lagi!
Rugi betul rasa xpergi.
Lain kali insyaAllah...
Tapi buatlah hujung minggu.

benuasuluk said...

sorrow,
takder maknanya hujung minggu.

chekem mirza said...

Naga&Wan,
alhamdulillah tak semua editor begitu. Tapi editor macam tu tak patut ada dlm institusi begitu yaa. hehehe memang gelihati tengok kak anis ketawa tutup mulut..

benuasuluk said...

ce'kem,
masalahnya perangai "akak-akak" macam ni. "abang-abang" macam ni kat mana-mana institusi pun ada. Eh, cuba tengok agak-agak kat tempat kita ada ke tak? manalah tau kan... :-)

Nur Fatiha Fadila said...

Tahniah buat Fakulti Penulisan dan panel jemputan. Terbuka minda kami dalam meneliti tanggungjawab seorang pereka grafik. Tidaklah semudah yang disangka. Terima kasih kepad En. Sinaganaga dan En. Nurazmi.

Anonymous said...

SULUK
INI SUDAH JADI SATU ANGKATAN MENGERUSI TALIPERUT DAN USUS DUNIA SASTERA.
LANTAKLAH, HANGPA UNTUNGLAH DUDUK DI KL.
TERINGIN SANGAT TAPI DAH TUA, KAPAL TERBANG PUN TAK MAU BAGI INSURIN.
-TUKYA;AZIZI

sinaganaga said...

Wan Suluk,
Gua ok 'ja. Gua follow arahan lu 'ja, Wan Suluk.

benuasuluk said...

Ustad,
haha. Atoq satu program di penang, kami pi. Sekali sekala pekena nsi kandaq pun ok. Atoq la sekali.

benuasuluk said...

Ga,
wa tak bagi arahan pun, dan wa tak suruh lu follow apa pun. Wa suruh lu cakap je apa nak cakap, kan?