Tuesday, February 23, 2010

Pertama 2010

Fakulti Penulisan ASWARA akan mengadakan Siri Wacana Industri Kreatif mengikut butiran maklumat berikut:

Tarikh: 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 10:30 pagi – 12.30 tengah hari
Topik: Posisi Lukisan dan Grafik dalam Cereka dan Kesannya Terhadap Industri Kreatif
Tokoh Undangan:
(i) Azalan Hussain (Sinaganaga)

- Pereka Bentuk Bahagian Kreatif dan Multimedia Dawama Sdn Bhd. Saudara Azalan Hussain telah melakukan reka bentuk untuk ratusan judul buku pelbagai bidang termasuk sastera. Beliau juga merupakan penulis dan pelukis cereka kanak-kanak (buku bergambar untuk kanak- kanak) yang berpengalaman.

(ii) Norazmi Mokhtar

- Pelukis dan Penulis Novel Grafik ‘Mambo Di Kuale', 'Kasih dan Awang: Hikayat Cinta Purbakala', 'Siri Mambo Hilang’ (terbitan Ameen Serve). Beliau adalah pelopor genre novel grafik tanahair. Selain itu Saudara Norazmi juga merupakan seorang pelukis yang sedang meningkat naik.

Siri Wacana ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Bayaran sebanyak RM 25.00 dikenakan untuk peserta dari luar ASWARA. Jemput datang beramai-ramai.

3 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

nur said...

encik blh x saya tahu bila tarikh kemasukan aswara sbb dh check di lmn web, x ada info psl tarikh kemasukan pun...call pun x da org angkat.

benuasuluk said...

nur,
belum diiklankan lagi kemasukan, insyaallah mac ini adalah tu. Sebab tu tak ada di laman web lagi. Kalau dah iklan nanti saya war-warkan di blog. TK.