Sunday, March 7, 2010

Bintang Sahabat

Dalam bukunya Tuan Ibarat Songket Berkilau, T. Alias Taib memperincikan pengertian sahabat mengikut kacamata dan pandangan peribadinya. Saya perturunkan kesemua madahnya tentang sahabat seperti berikut:

(i) Ada tiga kategori sahabat; yang ketawa apabila saya terjatuh, yang berdoa supaya saya jatuh, yang menghulur tangan apabila saya terjatuh;
(ii) Jika ada sahabat anda yang sanggup menyelesaikan masalah anda, bernasib baiklah anda. Alangkah malangnya anda jika ada antara mereka menjadi sebahagian daripada masalah anda;
(iii) Jangan cari sahabat yang berlagak seperti bayang-bayang; sifat setianya hanya sementara;
(iv) Sahabat sejati dapat ditemui di kala anda menangis bukan di kala anda ketawa;
(v) Di kala anda tersungkur, ada dua jenis sahabat mengelilingi anda; yang memerhati sambil berpeluk tubuh dan yang menghulur tangan menolong anda bangkit;
(v) beritahu saya siapa sahabat anda dan akan saya beritahu siapa diri anda;
(vi) Wang, wanita dan kuasa bersahabat karib;
(vii) Lebih baik bersahabat dengan seorang yang rajin membaca daripada 20 orang yang tidak pernah memegang buku.

Itu madah T. Alias Taib tentang sahabat mengikut ukuran dan timbangan peribadi beliau. Saya tidak ingin mengulas apa-apa catatan beliau.

Hanya saya ingin menambah tiga lagi kategori jenis sahabat yang kian saya berusia, makin banyak saya temui jenis sahabat ini. Saya panggilkan ia sebagai bintang sahabat:

(i) Sahabat retorik
(ii) Sahabat gayung
(iii) Sahabat fiksyen

Sahabat retorik ialah sahabat yang akan membuatkan saya ternganga bila mendengar dia bercakap; halus bahasanya, petah lidahnya, lentik madahnya, bujuk rayunya membuatkan saya terapung di awangan. Ketika saya terhempas selepas terapung, saya sedar sahabat ini tin kosong, berdegar-degar, tapi habuk pun tarak!

Sahabat gayung pula dia seorang yang bijak mencipta peluang dan pandai meraih peluang. Pokoknya dia harus mendapat laba. Sahabat jenis ini memang baik dengan kita. Dia tidak membahayakan kita kalau kita pandai menjaga diri. Cuma kadang-kadang kita sangat berasa jengkel dengan tindakan dan fikirannya. Disebut gayung kerana otaknya sering ligat berpusing dan tindakannya sangat pantas mencari keuntungan untuk peribadi. Dia bukannya oportunis, tapi sekali imbas memang dia seperti oportunis.

Sahabat fiksyen ini kata-katanya seperti saya sedang membaca sebuah karya cereka, tentang dunia khayalan. Saya sedar sahabat ini sedang sesat dalam jaring kata-kata yang sendiri diciptakannya. Tapi tak ingin saya menegurnya. Saya ralit mendengar dia mengolah cereka, menyusun tema, latar, plot, watak, sudut pandangan dan sebagainya. Ketika sahabat ini bertemu pula dengan teman yang lain, tema cerita yang pernah diceritakannya dulu kepada saya masih sama, cuma struktur ceritanya sudah berubah dan tidak sama lagi dengan yang pernah diceritakannya dulu kepada saya. Sahabat yang saya kategorikan sebagai sahabat fiksyen ini mudah dihinggap penyakit lupa. Dia sering terlupa terhadap apa yang pernah dicakapkannya kepada kita. Dan dia juga sering terlupa teman-teman yang ralit mendengar fiksyennya tidak pernah lupa akan kata-katanya.

Dan seperti selalu, walaupun saya masih pendiam seperti dulu, saya tetap masih mahu berkawan. Saya tidak perlu membina tembok untuk bersahabat dengan sesiapa saja termasuklah tukang sapu. Catatan T. Alias Taib itu mungkin boleh menjadi renungan berguna.

21 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum, En. Wan

Kenapa kategori sahabat fiksyen tidak ditegur?

Ya, catatan T. Alias Taib memang molek untuk dibuat renungan dan peringatan.

Terima kasih.

z@dH hiRsHAm said...

Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya...
X gitu, en.wan?

lutfi said...

Ada kawan makan kawan, ada kawan makan dirinya, ada kawan makan kawan makan dirinya.

lutfi said...

Ada kawan makan kawan, ada kawan makan dirinya, ada kawan makan kawan dan makan dirinya.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ en wan dah cipta satu teori... malah bukan satu tapi tiga sekaligus... tahniah...

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Kawan pun macam kuih raya jugak. macam-macm rupa, macam-macam rasa.
Kadang-kadang macam-macam rupa tapi rasa sama je. :(

adiratno said...

Wan,

Macam mana dengan kawan lama dan kawan-kawan lama pulak? Kawan di Felda, dan kawan di Simpang Kangkung...

z@dH hiRsHAm said...

Setuju 100% dengan Jiha!

awangsulungmerahmenyala said...

kawan teka-teka lagu macam mana pulak enche wan?
enche wan nak pilih yang mana mentor che wan jikalau diberi tiga orang mentor yang terdiri dari zarina zainudin,wan nor azlin dan nor albaniah mana satu che wan nak pilih?mentor ajar berlakon.
saya nak pilih maria farida che wan nak pilih sapa antara tiga tuh,huhu...

benuasuluk said...

wardah,
cerita fiksyen tak perlu ditegur. Pembaca/penonton selalu berada di luar gelanggang cerita. Kalau nak beri pandangan pun lebih baik setakat monolog atau solilokui saja sudahlah

benuasuluk said...

sorrow,
entah mana saya tau. Tanyalah luncai dan labu. Apa kena mengena dengan saya kahkahkah

benuasuluk said...

lut,
abis lepas dia makan dirinya dia nak makan sapa lagi? Ni musykil nih

benuasuluk said...

rainrose,
teori apa? teori Bintang Sahabat? haha

benuasuluk said...

tengah,
bagus dah bekas anak didik aku. dah terer. tak terfikir pula sahabat pun boleh kita samakan dengan kuih raya. Baguslah awak sekarang. Masalahnya kategori sahabat awak tu satu jenis. Cuba kalau ada jenis sahabat kuih tradisional tentu rasa berbeza. mana ada kuih tradisional rasa sama?

benuasuluk said...

adi,
jenis tu kategori sahabat bintang di langit jauh, tengok dari jauh cantik berkelip-kelip, nak peluk apakan daya tangan tak sampai, :)

benuasuluk said...

sorrow,
mula-mula nak setuju juga 100% dengan jiha, tapi kajian dia tak mendalam dia tak kaji kuih tradisional. Jadik saya sokong 50% jadilah. 50% pun dah boleh dapat gred C apa. dah lulus tu hahaha

benuasuluk said...

awang,
wa maintain, dari dulu sampai la wa pilih nor albaniah. kalau dia jadik mentor wa, wa buat-buat berlakon keras je, minta dia tepuk-tepuk bagi lembut sikit, boleh? Haha. Oitt lu buat wa fantasi yang bukan-bukan

SheQin said...

En. Wan,
nak quote "Wang, wanita dan kuasa bersahabat karib" dan tambah kat belakang, untuk kaum lelaki je. Hehehe. When a woman has both power and money, everyone else runs.

NASSURY IBRAHIM said...

Kalau ditanya, sahabat macam manakah anda mahu? Semua akan jawab mahu sahabat sejati.

Tapi, apakah ada sahabat sejati?
Entahlah!

benuasuluk said...

snow,
:-)

benuasuluk said...

Sdr. Nassury,
ya, cuma selagi boleh bersahabat, kita bersahabatlah sebaik mungkin. Moga-moga semuanya sejahtera...