Wednesday, March 17, 2010


Kembali ke Kampung Ingatan

Beberapa hari ini, saya ghaib sebentar dan pulang ke tanah rindu. Kepada teman, saya berlucu sedang makan angin di Pokok Sena Beach Resort. Ha ha. Cuaca panas, lebih panas daripada cuaca di KL. Terik sekali. Banyak walimah saudara dan tetangga yang saya sempat lunasi jemputannya. Sempat juga merakam beberapa gambar...


bendang selepas musim menuai


kini kering kontang


"kerin garin" kata kami


tak ada kerja pagi-pagi ambil gambarlah



dari halaman rumah
rumah sebelah bendang; di belakang bendang itu kebun getah
buah munggai (mengai kami panggil - saya tak tahu istilah saintifiknya); kalau digulai atau masak asam pedas sedap. Dah kecut begini nak sedap apa...
ini pun sama nasib... alahai!

9 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum, En. Wan.

Seronok ada desa begitu. Sangat menarik. Terima kasih atas paparan.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Buah munggai, unik namanya, pasti unik juga rasanya. Teringin pulak nak rasa :)

saleeh rahamad said...

background warna hijau ni susah nak bacalah mata kita dah tak clear. tukarlah warna lain biar nampak teghangggg. sian orang tua macam saya ni. macam orang tak ada gigi teringin nak pakai petai dan jering. kemam sajalah

benuasuluk said...

wardah,
ada lagi gambar menarik. nanti saya boh lagi di sini, :)

benuasuluk said...

tengah,
ya, memang sedap. Saya tak tahu orang bandar panggil apa. tapi kami panggil buah munggai. kat pasar kadang-kadang ada, kaler hijau gitu. sekarang bukan musim sangat, lagipun habis kecut kering kena panas. datang pokok senalah kalau nak cuba. walau sedap macamanapun, munggai ni bukan kegemaran saya heheheh

benuasuluk said...

alah enche saleeh dah ngaku dia tua dah pulak huhu. saya dah cuba dulu tukar background kaler lain tapi huduh belaka. hijau ni je cunn. kena perbesar atau tukar font kot nanti.

Nur Fatiha Fadila said...

En. Wan, saya menantikan paparan gambar-gambar tersebut. Serius.

Makasih.

SheQin said...

En. Wan, ini dekat ngan rumah En. Wan ke? Kenapa biawak dia tue nampak lain?

benuasuluk said...

astaghfirullah ini bukan biawak. ini namanya dhob, :) kat arab banyak, :-)