Hebat Benar Kuasa Kita Sebagai Pengguna
Beberapa malam lepas, saya membawa ahli keluarga menikmati makan malam di sebuah kedai makan. Lokasinya tidak jauh dari Taman Medan. Ada sederet kedai makan. Ketika saya masuk ke kedai itu, pelanggan belum ramai. Meja paling hujung di tempat terbuka diduduki oleh sepasang pasangan. Kami mengambil meja selang sebuah dengan mereka. Motor diparkir di sebelah meja makan. Amboi, sampai motor pun boleh meneman pasangan ini. Romantik plastik nampaknya.
Ketika pesanan saya sekeluarga belum sampai, makanan mereka sudah dihidang. Tak sampai seminit, pasangan yang perempuan ini memekik memanggil pelayan datang. Malas nak ambil tahu, saya dan isteri buat bodoh. Tapi suara perempuan ini sangat mengganggu saya dan isteri. Nampak seperti bebal semacam. Dan pasangan lelakinya seperti menambah bara. Saya lihat budak pelayan perempuan yang menghantar pesanan tadi mukanya mencuka. Apa yang boleh dijawab oleh kita sebagai pelayan jika masakan tukang masak tidak sama sedap dengan masakan di kedai lain? Barulah saya tahu pasangan ini sedang menikmati chicken chop yang tidak lazat mengikut ukur tara tembolok mereka. kononnya tidak sesedap chicken chop di kedai lain.
Nampak mereka makan seperti tidak puas hati. Ketika saya mula hendak menyuap, si lelaki memanggil pelayan lagi dengan suara yang keras. Pelayan ambil duit, dan mereka pun mula angkat punggung hendak berambus. Ketika hendak berambus, tidak semena-mena si lelaki itu menyondolkan motosikalnya ke meja yang mereka makan tadi dan kemudiannya beredar. Lepas geram gamaknya. Pinggan, cawan, sudu, garpu, pisau pemotong daging jatuh berdentang-dentang. Sisa makanan tumpah berselerak. Terkejut kami anak beranak. Saya terdiam tak terkata.
Pelayan lelaki datang membantu pelayan perempuan mengemaskan meja tersebut. Sabar bang ye, kata saya kepadanya. Tak apalah bang, adat orang berniaga beginilah, jawabnya kembali sebelum saya beredar dari kedai tersebut.
14 comments:
benua
sebenarnya si perempuan tu memang nak makan kat kedai lain tapi balak dia yang bawa ke situ sebab nak tunjuk motor baru kat tuan kedai dan pelanggan di situ. yang si lelaki pulak baru baiki motor so nak test kat dalam kedai pulak. semua ini adalah lambang kasih sayang antara uda dan teruna masa kini, romantik gitu...semakan ganas semakin romantik di lihat. saya harap benua tak pesan chicken chop kat kedai tu... saya takut kereta pulak masuk dalam kedai.
baru mentekedar kat warung cabuk macam tuh dengan motor rempit dah eksen.
awat hang tak lepas tok keh tokak buang kat tengkok depa tuh baru ada akai.
Assalammualaikum, En. Wan.
Macam tu le nasib orang bawah, kena selalu berdepan dengan perkara macam tu. Masa saya kerja di klinik dulu pun, pesakit makan ubat tapi tak sihat-sihat, datang serang kita yang kerja di kaunter.
Hampeh.
~ Apa nak buat dah nasib si labu labi begitu... Masa saya meniaga dulu pun macam tu juga... ada seorang pelanggan ni dah beli sate dalam seratus cucuk, tak lama lepas tu, dia datang semula dengan lidi yang kosong separuh cakap sate tak sedap dan tak masak... dia minta pulangkan duit... saya angin satu badan terus maki hamun dia sampai ayah saya datang kedai dan tak mahu banyak cerita, dia pulangkan saja duit pelanggan yang berbangsa India tu... dan berkata pada saya, di akhirat nanti kita dapat balik hak kita jangan risau... dalam hati, kenapalah ayah yang datang, kalau mak yang datang pasti kemenangan tu berpihak pada saya... huhuhu... tapi sekarang saya mula belajar dari kelembutan dan ketoleransian ayah saya... huhuhu...
Salam, En. Wan...
Apa kejadahnya perangai macam tu?
Kalu tau tak sedap makan warung, try hotel 5 bintang tengok!
Mampu ke tak bayar!
Alang2 sume dah berkongsi cerita, sy pun join sekaki...
Masa keje 7E, customer beli surat khabar The Star RM 1.20 bayar pakai duit RM100. Apa cerita?
Maki2 cakap apa kedai 24 jam takde baki?
Gila ka ini orang?
Rakyat Malaysia memang ramai yang tak beradab!
Alasan tak mau bayar kot?
wira,
saya tak makan chicken chop, sebab tu saya penyabar hak hak.
Eh Enche Wira, bukan uda dan teruna. Uda dan daralah. kalau uda dan teruna itu gay namanya kahkahkah. Jangan mare!
awang,
mamat motor tu bernasib baik. kalau aku jadi tuan kedai tu taulah teruk awek dia aku belasah kahkahkah sebab semua ni awek dialah yang puncanya kahkahkah
wardah,
dia nak marah ubat nanti dikatakan orang dia gila pula kehkehkeh
eva (woha kelasnya nama),
lain kali bawa dulu sate tu ke sini biar aku rasa sedap ke tidak, :)
Sorrow,
masalahnya makan kat hotal lagi tak sedap. Kedai tepi longkang macam mak cik lereng juga yang sedap, :)
Nassury,
dia bayar saya tengok, sebab dia hempuk duit atas meja dulu sebelum blah. Saja nak tunjuk eksyen kot. maklumlah Melayu. Setakat tu je kehebatan Melayu yang bang brahim kita nak bela-bela.
oittt kalau nak belasah aweks dia tuh ajak aku sekali muahahahahha...kita sama-sama belasah!
tapai leheaq hang terperelom boleh ka hang nih?
awang,
kekuatan gua bukan di leher haha
Post a Comment