Kadang-kadang Kita Pengguna yang dipandang Selekeh
Saya ada seorang kawan, pembawakannya biasa sahaja. Tapi saya tahu dia banyak duit; maknanya lebih kaya daripada saya. Cita rasa dan keinginannya selalu berubah. Terakhir ini, dia mula menggilai motor super bikes. Maka, pada masa lapang diheretnya saya meneman pergi ke kedai-kedai motor besar di sekitar KL.
Saya perasan setiap kedai motor besar yang kami masuk tuan punya atau pekerjanya tidak melayan, malas melayan, buat-buat tak nampak kami, layan ala kadar, tidak ramah pelanggan; seperti memandang kami sebelah mata. Maklumlah, kami datang ke kedai naik motor kapcai saja, pakai selekeh. Kawan saya yang hendak beli motor bikes ini pakai t-shirt. Tak macam pengguna motor besar yang lain, pakai jeket, pakai sarung tangan, topi keledar mahal. Saya pula yang meneman walaupun kacak melebihi Norman Hakim tidak pula menunjukkan ciri-ciri unggul sebagai penunggang motor berkuasa besar.
Hampir semua kedai yang kami masuk (saya kira lebih daripada lima) yang tidak melayan; hanya melayan bila kami menanyakan soalan. Mereka ini semuanya bodoh, kata teman saya. Mereka tengok aku pakai selekeh tak macam mat motor, yang mereka tak tahu aku nak beli motor bikes ini bayar cash tahu. Bahalol, kata teman saya lagi. Entah, kata saya, selekeh sangatkah kita? Rupa-rupanya orang-orang kecil tak boleh memasang impian yang besar, kata saya. Tapi aku ada duitlah, nak bayar cash lagi ni, kata si teman lagi tidak puas hati. Masalahnya kau tak nampak macam banyak duit, kata saya, kau ‘kemereh’.
Kami keluar kedai dengan seranah kawan saya ini. Orang nak bagi duit sekepuk pun tak mahu layan. Saya ketawakan dia. Sebenarnya, seperti ketawakan diri sendiri juga. Orang kecil tapi mahu memasang impian macam orang besar. Dalam dunia ini berdosa kalau 'orang-orang kecil' mahu berangan menjadi 'orang-orang besar'.
Kawan saya ini muda daripada saya, bekerja kuat. Tak heranlah duit dia banyak. Dulu semasa saya sibuk nak beli rumah, dia pun nak beli rumah. Saya bayar booking RM 500.00 dan kemudian berhutang dengan kerajaan sampai mati. Dia beli rumah bayar booking saja RM 10,000.00. Gila! Pergi bayar bawa duit tunai naik motor buruk. Bila sampai pejabat jualan rumah, dibukanya sweater dan dilonggokkan sekepuk duit atas meja. Terkejut beruk kerani jualan. Dulu semasa dia gila hendak beli mercedes, dia bawa duit tunai RM 20,000.00 naik motor Modenas buruk hendak bayar tempahan.
Kali ini tak kira apa nak jadi, jadilah kata teman saya. Aku nak beli juga motor bikes ini. Selalunya orang beli hutang, aku bayar cash. Nanti aku sondol duit aku pada mat-mat sombong semua ni, katanya lagi sebelum kami meninjau-ninjau kedai lain pula.
Apakah impian ini hak milik total orang yang nampak hebat, bergaya sahajakah? Apa orang yang nampak 'selekeh' hina sangatkah walau mempunyai kemampuan yang munasabah? Kalau kita selekeh, kemereh, dan selebele apakah tidak layak menjadi pengguna yang layak menerima layanan yang sama seperti orang lain yang kononnya bergaya, ada kelas, tapi semuanya berhutang keliling pinggang untuk hidup?

12 comments:
persepsi itu dosa terbesar untuk para peniaga.
kemahuan besar itu kecelakaan untuk si pengguna.
konsep biar pape asal bergaye, memang menjadi pakaian orang2 menilai dari kulit sahaja.
Tak salah kita 'org kecil' memasang anggan besar. Kerana org yang dianggap 'besar' tu pun masih banyak benda dalam hidupnya tak tercapai macam kita orang kecil :D
Assalammualaikum, En. Wan
Pelik jurujual macam tu. Waktu saya bekerja sebagai jurujual pasar raya (walaupun seminggu saja), dapat bercakap dan membantu pelanggan satu nikmat meskipun pada akhirnya pelanggan tidak membelinya.
'Don't judge a book by it's cover.'
awang,
yap betol!
tengah,
yap betol juga!
wardah,
yap pun betol juga!
aku tau sapa sahabat hang tu.. mula-mula tak dapat teka, tapi bila hang sebut sweater... memang sah budak yang terlebih gula tu.. hahhaa...
satu opis ngan aku tu... awek dia pakai iphone... hahahahaha!!
anon,
salah teka kot. Kat donia ni ramai juga yang pakai sweater. Lagi satu saya tak kenal awek dia, dia tak pernah tunjuk. Jadi tak tau lah awek dia pakai iphone ke tidak.
hehehe..jurujual mmg byk yg lebih baghal banding ngan baghal. biasa la bang. tp bab hang nak jadik org besar pun aku rasa hang boleh dah..hahahaa
luq,
hahaha hang dajai
ENCIK WAN..kawan selebele encik wan ni bujang kah?
kalau pun muka dia tak mcm norman hakim
boleh lah kenenkan..hahah
farah,
muka abang lagi hensem dari norman tak maukah? Janganlah menolak sangat. 2009 menolak, 2010, terimalah...
Post a Comment