Percakapan Sunyi di Selekoh Terakhir
Berpaling ke sisi
saat sunyi mendekam
begitu terasa
betapa insan-insan tersayang
dan teman-teman akrab
berangkat satu, satu
kembali ke tanah abadi
Sesekali pulang ke kampung ingatan
tersentuh rasa
saudara, jua tetangga
serta teman ketika kanak dan remaja
berangkat pergi tanpa pamit
pusara di pinggir masjid
kian bercambah nisan baru
Di kota ini, ada teman
dihimpit sakit dan derita
hiba sekali hati
selebihnya, ada jua sahabat dan guru
perjalanannya sudah terhenti di garis akhir
Kurenung diriku yang serba lusuh
bersiaplah, masaku akan
tiba jua
Bergetar kalbu
seperti aku di selekoh terakhir
sebelum membelok ke simpang
menuju negeri akhirat
Januari-Februari 2010, Taman Sri Sentosa
Berpaling ke sisi
saat sunyi mendekam
begitu terasa
betapa insan-insan tersayang
dan teman-teman akrab
berangkat satu, satu
kembali ke tanah abadi
Sesekali pulang ke kampung ingatan
tersentuh rasa
saudara, jua tetangga
serta teman ketika kanak dan remaja
berangkat pergi tanpa pamit
pusara di pinggir masjid
kian bercambah nisan baru
Di kota ini, ada teman
dihimpit sakit dan derita
hiba sekali hati
selebihnya, ada jua sahabat dan guru
perjalanannya sudah terhenti di garis akhir
Kurenung diriku yang serba lusuh
bersiaplah, masaku akan
tiba jua
Bergetar kalbu
seperti aku di selekoh terakhir
sebelum membelok ke simpang
menuju negeri akhirat
Januari-Februari 2010, Taman Sri Sentosa
6 comments:
cantik rangkap terakhir tu.
Assalammualaikum, En. Wan
Terima kasih atas perkongsian puisi ini. Membacanya mengingatkan saya tentang kepentingan dan kepentingan yang pelbagai ...
Nazmi,
amin!
wardah,
amin!
Membaca puisi ini lagi menggamit ingatan saya puisi Padang Speedy ...
wardah,
akhir-akhir ini, akhir-akhir ini, akhir-akhir ini beginilah puisi saya.
Post a Comment