Wednesday, February 10, 2010

Darwis


Kerana usiaku mula melengkung
perjalananku yang semakin singkat
aku harus mengatur hidup
menjadi lebih bijaksana
dalam baki usia yang tertinggal
dalam jarak ruang yang kian condong

Aku harus belajar
menjadi lebih sederhana
dalam kata
dalam tindak
dalam fikir
pengalaman semakin mendewasakan
memberi pengajaran bernilai

Kerana hidupku makin hampir
ke sempadan
aku perlu lebih bersyukur
terhadap apa yang dimiliki
tanpa perlu merungut atau mengeluh lagi

Rabb
perjalananku ini telah menemukan
damai rasa menjadi hamba


10 comments:

FARAHNYEMAHMULYA said...

Tajam memang mulut manusia,
Jarum peniti cucuk di jantung;
tua-tua hanya usia,
ingatkan mati sangat beruntung.

awangsulungmerahmenyala said...

cantik perut awak,huhu.

NASSURY IBRAHIM said...

Perut buncit tanda murah rezeki

benuasuluk said...

farah,
adik abang apa khabar?

benuasuluk said...

awang,
kata dulang paku serpih!

benuasuluk said...

Nassury,
perut tu citra keunggulan lelaki, kan? hak hak

awangsulungmerahmenyala said...

mengata hang prottt aku kurenggg skit huhuhuhu,prottt hang secelen dgn prott mie kahkahkahkah.

iya klu hang kata citra keunggulan lelaki ialah d prottt stuju sgt2 hahahah.ramai penulis berwibawa yg cerdik dan bijak sana sini berprottt spt kita.tapi sapa iya selain dr hang?

benuasuluk said...

awang,
perut ptd putrajaya tu pun koi sakan gak aku tengok kahkahkah.

awangsulungmerahmenyala said...

kita takpa nampak comey klu lagu nih sbb tembam,mokalo kata mat ptd tuh serupa ikan keli la hahahah..

benuasuluk said...

awang,
haha marah abang kita tu nanti