Tuesday, February 9, 2010

Kepada Ridzuan



Kau telah melewati separuh perjalanan
melintasi perbukitan dan lembah
kau susur titian dan selokan
embun yang gugur berderai
telah kering di rumputan
kini, engkau berdiri memegang julur matahari tinggi.

Berdiri di puncak teratas dalam jalur hidup
engkau memilih untuk lebih meninjau
bayang-bayang yang telah berdekad-dekad
kau tinggalkan
kau lebih percaya untuk memilih ranting kenangan
yang dulunya tak pernah sempat engkau tangiskan.

Engkau selalu percaya masa silammu
yang teradun antara cerah, kelabu dan hitam
selalu sahaja menjadi cermin
menunjuk jalan
hinggalah kini, kau betul-betul
berdiri di depan monumenmu.

Engkau akan menempuh
hari-hari yang keliru
tanpa cermin silammu.

Susurlah hidup di puncak
dengan lebih bersederhana.

8 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Sajak yang indah. Terima kasih atas siaran untuk difikir penulis dan pembacanya.

Sham al-Johori said...

Tuan,
Syahdu baca sajak ini. Nasib baik tiada pengakuan pernah menyusur lorong hitam dan meniduri gelap pekat.
Nasib baik juga hanya berteduh di ranting tidak dahan syahwat. Jika tidak usia tuan sia-sia sahaja.
Hehehehe.
Selamat ulang tahun (tak kiralah yang keberapa janji sihat walafiat)

saleeh rahamad said...

dah beso abang kita nih.

benuasuluk said...

wardah,
sajak biasa saja, tak indah pun. tak perlu fikir pun bila baca, sajak mudah

benuasuluk said...

sheikh sham,
hari ni bukan ulangtahun ana. Pandai-pandai la tuan, nampak sangat nak suruh ana tua cepat, :)

benuasuluk said...

Ayah Leeh,
adoi jangan percaya cakap sufi tu, fiksyen dan artistik tu haha. Hari ni bukan ulangtahun, :). Jadi saya tak beso lagi le.

chekem mirza said...

saya suka dua baris akhir.

benuasuluk said...

ce'kem,
ya, dengan dua baris itu saya tahu ke mana tempat yang hendak dituju.