Malu yang Tidak Lagi Malu Sebenarnya
Malu mata saya membaca catatan Nassury di blognya; perihal seluar dalam superman. Sebenarnya, oleh kerana sudah agak lama di sini saya sepatutnya sudah tidak malu lagi. Hari-hari boleh tengok. Apa yang Nassury catatkan hanya “sekupang” saja. Ada lebih banyak lagi di sini. Saya copy catatan Nassury dan tunjukkan pada teman pejabat – dia hanya tersengih, tanpa kata. Minggu lalu saya disapa oleh seorang tukang sapu yang baru bekerja. Niatnya untuk bertegur mesra dan berkenal-kenalan. Tempat ni keras katanya. Saya iakan saja. Dia dapat rasakan, katanya. Katanya lagi pelik budak-budak sini, tak pandai menghormati waktu. Saya iakan. Kalau ada anak, saya tak nak anak datang sini, tambahnya. Saya iakan juga. Kadang-kadang, saya seperti terasa salah tempat. Kadang-kadanglah. Kadang-kadang terasa saya berada di tempat yang betul pada masa yang salah. Kadang-kadang terasa saya berada di tempat yang salah pada masa yang betul. Kadang-kadang saya seperti berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Kadang-kadang seperti berada pada masa yang salah di tempat yang salah. Ini pilihan saya, terima sajalah. Kalaulah saya ada duit setengah juta, saya nak balik ke kampung, ternak lintah saja. Atau bela lembu kambing. Siapa yang hendak aqiqah anak, beli saja kambing dari saya.
Panjang Juga Rupanya Kesedihan Saya
Seminggu ini saya kerap bermenung. Di pejabat terutamanya; di rumah ketika sendirian. Sejak Anuar pergi. Saya mengenalinya cuma sekejap, tapi dalam sekejap itulah saya mengenalinya. Tengok tempat arwah biasa parkir kereta pun dada boleh rasa sebak. Saya tidak sampai hati untuk melintas “kawasan” pejabatnya sejak 20 Januari lalu. Dengan teman-teman kerja saya seboleh-bolehnya tidak mahu memulakan atau mendengar cerita tentang arwah. Di kamar kerja, saya pegang, saya letak berulang kali naskhah Muzikal Tun Razak idea asalnya. Saya percaya ini mungkin naskhah pentas terakhirnya yang diusahakannya dengan Izzuddin, graduan Fakulti Penulisan. Agak sayalah. Tak tahulah apa yang ada lagi di kamar pejabat dan di rumah arwah. Saya teringat 2005 dalam Seminar Penulisan Dramatik, Anuar dengan ikhlasnya menawarkan seluruh skrip miliknya untuk diterbitkan oleh ASWARA. Biar Penulisan uruskan, katanya. Saya tak akan bagi pada orang lain (dia merujuk kepada tempat lamanya bekerja dulu). Orang di sana tidak menghargai dan mengenangnya, sinisnya. Saya berfikir, alangkah baiknya ketika ini ASWARA menyambut saranan arwah hampir lima tahun dulu. Biarpun agak terlambat. Dulu kita tidak ada unit penerbitan, sekarang sudah ada. Bolehlah usahakan sesuatu. Sekurang-kurangnya dengan menerbitkan seluruh karya lengkapnya memungkinkan kita memberi satu penghormatan untuk arwah dan penerbitan ini akan menjadi dokumentasi penting bersama. Cepatlah ASWARA sebelum peluang ini direbut orang lain. Tiba-tiba saya nampak di DBP Dadameah Albab menimbun di kedai buku. Sebak saya lain macamlah ...
Anuar meninggalkan tidak sedikit khazanah untuk kita. Pelajarnya di luar sana barangkali ribuan. Saya cemburu; saya menjadi pelajar tidak rasminya hanya ketika melakukan urusan kerja, berbual-bual, bertekak-tekak dan bertengkar “ilmiah” serta sekali dua minum dan bercakap panjang. Dalam diam itulah saya sempat mengguruinya. Saya tahu dia sangat larut dalam dunia tassawuf. Kata-kata heyy penyair ketika dia bergurau dengan saya kekal dalam ingatan. Saya tidak tahu di mana dia tahu saya penyair. Bahkan kumpulan puisi saya sampai ke akhir saya malu untuk hadiahkan padanya, walaupun dia beria-ia meminta. Malulah kata saya, puisi kecil saja, cuma untuk anak-anak. Dan sekarang, sejak Anuar pergi, tidak ada hari yang saya tidak mengenangnya. Di mana-mana Anuar tiba-tiba akan melintas dalam kepala saya; di tengah ramai atau ketika sendiri. Saya tidaklah seakrab mana dengan arwah, tapi entah kenapa saya sangat sesedih ini. Tentulah yang rapat dan anak didiknya akan lebih terasa kehilangan. Sejak dia pergi, terasa seperti ada lompang kecil di tempat kami. Dan, memanglah sebak saya lain macam rasanya. Dari sini saya akan selalu mendoakannya. Al-fatihah.

6 comments:
Al-Fatihah untuk arwah selalu.
cadangan yg menarik. moga direalisasikan.
Ada bahagian yang kita sebagai bangsa sepatutnya lebih berasa malu.
wardah,
pakat-pakatlah dengan kawan-kawan, buatlah "sesuatu" untuk arwah. Apa-apa yang sesuai...
Nazmi,
dengan keadaan yang tak berduit, dengan keadaan kami yang mata duitan sekarang, benda yang aku tulis ni bukanlah menjadi keutamaan kami. Ko percayalah cakap aku.
bang M,
apa nak dikatakan lagi!
Post a Comment