Jumaat Pertama di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi
(Sesudah Pagi Keruh, Ada “BABI” Mengirim Kepala Babi Hutan)
Hari ini Jumaat pertama sesudah beberapa hari lalu kariah kami dihadiahi dua kepala babi hutan. Syukur, dua tiga hari ini keadaan tampak “tenang” – seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiada juga kejadian tidak diingini berlaku. Saudara saya memberitahu di sebelah sana, di kawasan Taman Dato’ Harun dan Taman Medan, pada hari kejadian keadaannya agak panas tapi semuanya masih terkawal. Sekarang ramai polis dan kereta polis, berbaju rasmi atau berpakaian biasa.
(Sesudah Pagi Keruh, Ada “BABI” Mengirim Kepala Babi Hutan)
Hari ini Jumaat pertama sesudah beberapa hari lalu kariah kami dihadiahi dua kepala babi hutan. Syukur, dua tiga hari ini keadaan tampak “tenang” – seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiada juga kejadian tidak diingini berlaku. Saudara saya memberitahu di sebelah sana, di kawasan Taman Dato’ Harun dan Taman Medan, pada hari kejadian keadaannya agak panas tapi semuanya masih terkawal. Sekarang ramai polis dan kereta polis, berbaju rasmi atau berpakaian biasa.
Saya bergegas keluar awal dari pejabat untuk sampai awal di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa untuk solat Jumaat. Inilah masjid saya sejak setahun yang lalu. Sungguh, sejak berpindah inilah solat Jumaat yang saya terasa “lain” berbanding dengan sebelumnya. Ahli kariah ramai seperti selalu. Tenang, tenteram seperti tiada apa-apa. Ada polis, ada jurugambar entah dari media mana sibuk mengambil gambar. Usai solat Jumaat, ada solat hajat. Kemudiannya bubar.
Puisi yang separuh masak ini saya sertakan di sini, sesudah dua tiga hari ini saya menggeletar menahan marah. Tak apalah, walau masih mentah belum bersunting saya paparkan juga. Tak apa, puisi ini tak ada niat untuk bertanding meraih Hadiah Sastera Perdana misalnya, puisi saya tak ada ilmu bantu dan ayat al-quran. Saya hanya ingin paparkan gelodak saya dan amarah kami dua tiga hari tragedi pengkhianatan ini. Maaf kalau saudara tak temui apa-apa dengan puisi ini...
Jumaat Pertama di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi
Tengah hari jernih
aku mampir ke rumah-Mu
seperti mana selalu
sejak aku memilih Sri Sentosa sebagai kariahku
Langit biru awan memutih
cuma hatiku yang kelabu
beberapa hari ini kuarak amarah
yang bergumpal dalam dada
Berlama aku bertelut
di lengkung rumah-Mu
kupandangi seluruh saudara dan tetanggaku
yang bermukim di sini
jernih, tenteram dan ria terpamer di wajah
seolah-olah tiada nestapa bersarang di hati
Tapi aku percaya
memilih diam, tenang dan bersabar
bukannya bererti mahu mengalah
bukannya bererti tiada pegangan
bukannya bererti tiada gempita
biarlah waras, ikhlas dan matang dalam tindak
kerana agama bukannya peluang meraih kesempatan
Rabb, sesudah solat Jumaat
kami berdoa semoga sejahtera semuanya
kami panjangkan harap dalam solat hajat
dalam gerimis air mata dan sendu di hati
moga nestapa tidak berulang
dan petaka tidak berlaku
Ya Rabb
dalam sujud berderau pertanyaan
syaitan manakah yang tergamak
mempersendakan agama
menjadi mainan?
Masjid Al-Imam Al-Tirmizi,
Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur
29 Januari 2010
8 comments:
salam sejahtera,
puisi yang indah lahir dari seorang penyair yang jujur.
seperti kata usop kopratasa,seseorang itu menulis puisi kerana rasa protesnya dan putus cintanya.
dah memang itu pun kerja setan
As salam,
Demikian yang kita lihat, jika dapat mendasar pasti lebih terkejut..ada yang ingin mengeruhkan yang telah sedia keruh.
lagi babi merusuk
sedangkan babi sebenar
bersembunyi
babi kalau tak tau mana asal usul
babi kalau derhaka pada raja
tapi kepala babi tu memang babi hutan
dan babi hutan sentiasa menjadi buruan pemburu siam
tapi kepala babi hutan yang dibuang kalau kepada ikan tentu en. wan tak lepaskan.
awang,
kejujuran tidak pernah memberikan penyair kekayaan; atau kekenyangan. Haha.
lut,
marah-marah begini kalau pekena barli suam, atau lengkong segelas menarik juga, :)
adi,
siapa ya yang jadi babi ni?
anon,
saya tersesat dalam kata-kata sdr.
Post a Comment