Sunday, January 17, 2010

Malang ditempah

Sehari dua ini bertalu-talu sms yang masuk ke selular saya. Bertanyakan perihal pelajar dari tempat saya yang menempah “glamour” kerana berita tentang dirinya keluar akhbar. Bahkan keluar muka hadapan. Ada sms yang saya reply, ada yang saya tinggal tidak berjawab, ada juga yang saya delete. Macam-macam soalan, seperti pelajar ini adik angkat saya layaknya. Yang benar, pelajar ini sikit pun saya tidak kenal.

Soal ini mudah pada saya. Keberanian dalam keadaan yang sesukar manapun jika diletakkan di tempat yang betul, ia akan benderang. Jika keberanian ini walau semudah mana pun tetapi jika diletak pada tempat yang salah, maka inilah habuan yang layak diterima oleh pelajar ini. Ia akan menjadi sisi gelap. Maka kepada pelajar ini, saya ucapkan ‘selamat malang’ kepadanya.

Hal ini sepatutnya tidak melibatkan nama akademi; kerana ini adalah hal ‘peribadi’ pelajar itu sendiri. Tapi disebabkan pelajar ini ‘bersekolah’ di sini, nampaknya nama akademi turut diheret sama. Dan saya kira orang-orang di akademi ini akan matang dalam tindak, tidak emosional dalam sepakat. Biarlah kebijaksanaan yang menjadi lampu suluh dalam membuat sebarang keputusan.

Sama ada terbukti salah atau tidak, saya percaya pelajar ini sudah memperoleh satu pengalaman berguna dalam hidupnya; pengalaman dan ilmu yang tidak mungkin digurui dalam bilik kuliah, dalam tim produksi, atau dalam kerja lapangan. Saya juga cuba menebak, pasti dia sekarang sedang menghitung-hitung siapa yang berdiri di sisinya kini dalam keadaan yang tidak memihak kepadanya.

Orang-orang tua dahulu telah lama membenarkan kata-kata, seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Inilah konon-kononnya setetes nila yang merosakkan susu sebelanga.

16 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum, En. Wan

Saya juga ditujah soalan yang sama daripada pengirim-pengirim sms yang begitu mengambil berat perihal akademi ini waima saya juga seperti En. Wan tidak langsung mengenal individu itu.

Harap pihak pengurusan bijak bertindak dan tidak akan menghukum para mahasiswa lain yang tidak terlibat pula.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ saya bersimpati dengan apa yang sedang melanda pelajar ini dan juga Aswara...

saya kenal sangat2 dengan pelajar ini, dan suatu masa dulu, kami pernah merasa hidup susah semasa di Ask... saya tak sangka pula yang perangai berani mati dan mulut lepas dia tu sampai ke tahap macam ni... ingatkan pada kawan2 saja berani mati dan mulut lepad dia tu tapi tak sangka sampai ke tahap ini keberanian dia... saya sangat2 terkejut bila mendengar pembaca berita menyebut 'pelajar Aswara ditahan' dan pelajar itu sahabat saya sendiri... walau apa pun saya masih sudi mengaku dia kawan saya sebab saya masak sangat dengan perangai 'JAHAT' dia....

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

saya pun sama diajukan soalan siapakah budak ini?

sikap cakap lepas ni dah banyak sangat berlaku, cuma dah terkena baru makan diri.

awangsulungmerahmenyala said...

budak tuh tak jahat mana pun,budak cina kat muar tuh lagi kurang ajag.
tapi ada si dungu tua tuh nak tunjuk terer maka budak itu dijadikan bahan kontroversi.
pengajaran untuk kamu yang age baru nak melangkah ke alam dewasa yg benar2 dewasa..mulut mesti becakap berfikir sama waktu dengan akal.

MARSLI N.O said...

Benar seperti apa yg diutarakan Awang

Che Kem said...

cakap lepas tu satu, cakap tak pikir pun satu. jangan ingat orang yang kita selalu bergurau selamanya akan terima gurauan kita. betullah tu wan, sebab seekor kerbau habis terpalit kat semua! Semoga dia jadi orang kuat!

Hasmora said...

berhati-hati di jalanraya dah lapuk.. keluarkan yang baru.. berhati-hati dalam facebook.. kan lebih baik berfikir sesaat dari main ikut sedap rasa.. apapun, selamat malang buat pelajar tersebut..

benuasuluk said...

wardah,
apahal pula pengurusan nak hukum pelajar yang tak terlibat? Pengurusan pun bukannya 'pekak' dalam semua hal. kalau dah tak buat salah, duduk diam-diam terus belajar.

benuasuluk said...

rain,
support lah dia. walaupun dari segi petaruran aswara dia memang salah, tapi bagi saya dia cuma mangsa keadaan - menjadi kambing hitam!

benuasuluk said...

tengah,
banyak nasihat orang-orang tua berikan; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

benuasuluk said...

awang,
dia kambing hitam bagi aku

benuasuluk said...

marsli,
begitulah keadaanya.

benuasuluk said...

ce'kem,
saya simpati juga kepada dia.

benuasuluk said...

hasmora,
alam maya pun macam lebuh raya, kan?

Hasmora said...

itulah.. sibuk dan bahaya

benuasuluk said...

dan ada had laju, :)