Kembali
1. Selamat kembali para pelajar ASWARA, khususnya pelajar Fakulti Penulisan ke kampus. Selamat kembali juga kepada pelajar yang mengambil keputusan untuk kembali setelah menangguhkan pengajian selama setahun (jika ada yang kembali). Jika tidak kembali, selamat main dam aji sambil makan nasi ganja dan minum air ketum di kampung. Selamat pergi untuk yang mengambil keputusan untuk pergi. Saya tidak bersedih dan juga tidak gembira. Pergilah, kalau destinasi baharu itu sebenarnya lebih wajar. Masa depan kita sendiri yang larikkan. Moga-moga yang dikejar dapat, yang dikendong tidak jatuh terbarai. Tahniah dengan keputusan akhir semester lalu. Yang cemerlang pun tahniah, yang sederhana pun tahniah, yang buruk sikit pun tahniah, yang buruk banyak pun tahniah juga. Bersyukurlah dengan apa yang dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Pokoknya, mahu kembali dan mahu terus merebut ilmu. Itu yang mustahak.
2. Teguhkan pendirian dan keyakinan masing-masing. Semester ini akan menguji kamu. Bahkan kesulitannya melebihi dari sekadar kenaikan harga gula dan secawan kopi o; atau gereja terbakar atau jet tak ada enjin atau siapa yang menjadi kereta juara di kampung-kampung kamu. Kamu perlu kuat dan cekalkan iltizam, banyak yang celakanya akan menimpa kamu selain dari blog-blog yang celaka sahaja jika kamu main-main.
3. Janganlah kamu tanya azam baharu saya tahun ini. Buruk sangat bunyinya. Azam saya untuk tahun ini ialah tidak mahu lagi menjadi pegawai bank. Justeru, saya isytiharkan membekukan segala buku saya jika ada nafsu kamu untuk meminjam. Pergilah cari pensyarah lain yang lebih baik hati jika mereka sudi amat membenarkan kamu meminjam. Mereka sangat menyayangi kamu, tidak seperti saya. Setidak-tidaknya belajarlah untuk memiliki buku sendiri. Jemu saya kalau kamu beralasan tidak berduit untuk membeli buku. Macam kamu seorang sahaja yang miskin. Bapa saya pun masih penoreh, belum jutawan juga. Masalahnya selular kamu lebih canggih dari pensyarah (ada yang guna lebih dari satu selular), mekap dan busana kamu mengalahkan pensyarah. Bahkan kamu kadang-kadang jelita dan gebu seperti Zizie Izzete atau Memey di mata saya.Tak apalah kalau saya tidak popular di hati kamu. Kalau saya mahu popular, saya kena jadi macam Bung Kinabatangan atau Norman. Nak cakap belakang? Tak apalah, saya telinga kuali. Pokoknya, saya ikhlas dan saya mahu kamu semua berdikari dalam sesetengah hal tertentu.
4. Heyy, saya masih seperti dulu; menyayangi kamu dalam diam dengan muka ketat saya. Selamat kembali, dan saya berlapang dada menyambut kepulangan kalian. Di hadapan kamu berjejer ilmu; rebutlah sesungguh hati.

12 comments:
bro,
bulan 6 ikut gua p china sana musim bunga.wa dah buat pasport hehehe.bulan 3 kita p jakarta,bulan 4 kita p siam ok ka?hehehe...bulan 5 kita jgn p mana2 lg sbb nak pakai mykad isi minyak hehehehe...
alamak..rindu pulak nak masuk kelas balik..hahaha
Assalammualaikum, En. Wan
Terima kasih atas ingatan dengan laras yang berlainan :)
blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk
woit.. sakit mata laa.. backround hijau tua, tulisan halus2
tak bagi dekan baca kaaaaaaaaa
awang,
Lu punya plan macam plan kementerian pelajaran la, alih-alih sekolah tak siap, makmal runtuh, komputer hilang kahkahkah. Oittt dah dapat lampu hijau bini ka kahkahkah
pool,
kadang-kadang saya teringat juga rambut awak, seluar awak, senyuman awak...
war,
sama-sama. Senapang pun banyak jenis larasnya, kan?
:)
umar,
tk singgah. Ada masa nanti saya singgah di laman sdr pula.
Mie,
haha itu tandanya mata 4 ko ada problem tuh haha. Err, jangan le bagitau dekan aku ada blog, :)
~ Hahahahahahaha... itulah en wan yang saya kenal... muka ketatnya itu yang membuatkan pelajar lebih gemar singgah di kasbah comel yang sarat mengandung cerita dan ilmu juga...
rain,
itu kata awak. Orang lain, belum tentu sama, kan?
Post a Comment