Lalu, harus bagaimana saya?
Saya dengar agak lama juga penulis tersohor ini mencari saya. Entah untuk apa. Sahabat yang pernah sekolej dengan saya di Kolej Mohamad Rashid UPM, saudara Saifullizan ada memberitahu saya tentang hal ini. Kemudian diam. Dalam acara-acara tertentu, saya sering berjumpa dengannya; bahkan dia pernah ke ASWARA. Kami pernah duduk semeja dan pernah bertegur sapa. Disebabkan saya ini jenis diam (adakalanya buat-buat diam), saya tidaklah ingin bercakap perkara yang tidak perlu saya cakap. Misalnya, hendak melaung memberitahu orang heiiii aku pun penulis. Tidaklah.
Beberapa kali bertemu dan bercakap itu, barulah saya agak dia jenis penulis yang sukar mengingat. Maklumlah, saya bukan siapa-siapa. Yang saya ingat, sudah dua kali business card saya hulurkan kepada dia (saya tidak pernah bagi kepada sesiapa business card dua kali, kecuali dia!). Dan, saya pun dapat dua kad daripada dia. Saya tahulah dia penulis hebat (dan terkenal).
Seminggu dua lalu, melalui pelajar saya, dalam suatu majlis dia mendesak pelajar saya – tunjukkan dia yang mana satukah saya. Saya tengah merarau di satu meja – dan kedudukannya hanya selang sebuah meja sahaja dengan saya. Dan sebelum merarau, saya sudah pun senyum dan menegurnya. Pelajar saya membawakan dia berjumpa saya.
Dia berMasya-Allah Masya-Allah di depan saya. La kita sudah kenal, katanya. Kenapa tidak cakap awak Ridzuan Harun? Saya jadi pelik, kata kita sudah kenal, ini marah pula saya tidak kenalkan diri sebagai Ridzuan Harun. Saya bukan siapa-siapa pun. Pakai pun iswara buruk . Minta kad, katanya. Saya menggaru-garu kepala tanda betul-betul gatal. Dan, kami pun bertukar-tukar kad buat kali ketiga.
Soalan pertamanya berapakah royalti buku saya, berapa saya dapat, berapa buku cetak, berapa sudah terjual, berapa persen? Oh kejamnya! Dan selepas itu bermulalah acara saya mendengar syarahan percuma. Perihal bagaimana mahu menjadi penulis. Katanya cara saya tidak betul. Saya harus memperkenalkan diri sebagai penulis. Ikutlah macam saya katanya. Tahu berapa buku saya terjual dan berapa banyak duit saya dapat? Oh kejinya pertanyaan seperti ini. Tengok dan ikutlah cara saya, katanya lagi.
Tidak mengapalah. Orang tidak kenal saya sebagai penulis pun tidak mengapalah. Saya bukan artis untuk jadi terkenal. Saya tidak ralat dan kecil hati. Tidak mengapalah, tidak perlulah saya hendak buat segala poster, banner dan bunting, lalu digantung di merata-rata kedai buku dan sepanjang jalan dalam KL untuk beritahu orang bahawa saya penulis. Tidak mengapalah, semua buku saya yang terletak di kedai buku tidak perlulah saya tandatangan dan meninggalkan nombor telefon bimbit saya dalam buku untuk orang tahu saya penulis. Saya bukan siapa-siapa.
Saya tidak ada cita-cita dan impian besar untuk terkenal. Sejak 1995 menulis, saya hanya menang satu hadiah sastera sahaja. Tidak mengapalah kalau royalti saya sedikit dan buku berkulat di kedai. Tidak mengapalah kalau karya saya tidak dianggap setaraf dengan karya Raja Ali Haji seperti karya dia. Karya saya banyak sangat buruknya, inikan pula hendak dibandingkan-disamatarafkan dengan Raja Ali Haji. Saya kalau ada pengkaji menyamakan karya saya sudah sama setaraf dengan Raja Ali Haji, hari ini juga saya berhenti menulis. Sebab sudah hebat, dan tidak akan mati ditelan sejarah. Karya saya akan hidup lama melebihi usia saya, karya saya akan menjadi buah mulut pengkaji. Tidak mengapalah. Saya bersyukur seadanya. Kalau terlebih dapat dan terlebih terkenal jadi membesar diri berdosa juga, kan?
Saya terjun ke dunia sastera tanpa impian besar. Sampai sekarang pun saya tidak ada cita-cita besar dalam dunia sastera. Cukuplah kalau saya masuk ke dalamnya dengan seluruh rasa cinta dan kepercayaan saya. Saya tidak mahu berpura-pura dalam dunia yang saya anggap suci, bersih, jernih dan tenteram. Saya hanya ingin menulis (dan membaca).
Kalaulah pendirian saya ini seperti salah, lalu harus bagaimana saya?
Teringat kata-kata Hermann Hesse, penerima Hadiah Nobel Sastera 1946 (Zaen Kasturi memperkenalkan pertama kali kepada saya kata-kata Hermann Hesse ini semasa MPR 1996), “kalau anda memasuki dunia sastera semata-mata anda mahu popular, anda telah tersalah bidang. Anda seharusnya memasuki dunia pop!”
14 comments:
En.Wan jangan lerlalu merendah diri.
Apalah ada pada nama, asalkan kita puas dengan apa yang kita lakukan bukankah itu lebih bererti?
Sdr Benua S,
Ini dah jadi kes naya. Sampai 3 kali tukar kad masih tak kenal. Saya teka sidia tu mesti penulis hebat.
kahkahkahkah,
laa,hang ada bisnes kad ka rupanya.awat hang tak hulog kat aku waktu kita mentekedarah kotew kerang siang tadi.kalau hang hulog waktu tuh aku ingat mesti tersembog kotew cina goreng siang tadi kahkahkah.
si polan tuh tak tahu ka ada lagi karya yang ke maqam yang tinggi karya berjalan-jalan ke new york bhg 1,bhg2,bhg3,bhg4 dan berbahagian-bahagian.
si polan tuh sahih jenis ciwi kahkahkahkah.
aku pun nak buat kad perniagaan juga,servis 24jam.
Salam Wan..
Aku hang tak bagi kad pun aku kenai...besala...org buat duit melalui penulisan...org tu Lutfi paa....(sorry lutfi...hang banyak menang dlm penulisan ..jgn mare aaa) Wan...boh kad dlm blog bagi semua org dpt , boleh???
Assalamualaikum En Wan,
Terima kasih atas perkongsian ini.
“kalau anda memasuki dunia sastera semata-mata anda mahu popular, anda telah tersalah bidang. Anda seharusnya memasuki dunia pop!”
Tuan tanah,
jom kita nyanyi lagi pop yeh yeh...
Kita nyanyi kuat-kuat kat telinga orang tu.
hehehehe
Benua, aku pun tak dak mensohorkan diri bahawa "aku la penulis!" dan tak dak sapa pun kenal aku penulis atau sesapa pun yang bernama dan terkemuka. janji aku masih terus bernafas dan terus membuat kerja yg aku suka - menulis.
Cuma, hebat dan besarkah "sahabat" hang tu? heheee...(wondering)
tengah,
ye!
sdr. Sahrunizam,
hebatlah kot gamaknya kalau dah sama taraf dengan Raja Ali Haji, :-)
awang,
betul, ungkapan tu dah sesuai. Memang jenih ciwi.
anjung,
ya, aku agak pun penulis tu mesti lutfi kahkahkahkah. Tang nak boh kad dalam blog ni aku geli la, :-)
wardah,
ucap terima kasih tu untuk Hermann Hesse. Saya tak apa-apa.
sheikh sham,
alangkah sedihnya hatiku param paraam kahkahkah
luqman,
tu bukan "sahabat" aku la. Sahabat Midin kot kahkahkah.
Post a Comment