Monday, November 23, 2009

Konvo

Ahad 22 November, saya hadir ke Majlis Konvokesyen anak sulung saya, Adib. Santai, meriah dan mercup. Saya tahu semua cikgu yang menguruskan majlis ini bertungkus lumus menjayakan acara; juga letih melayan kerenah anak-anak kecil. Kawan-kawan, maaf tidak dapat hadir ke acara penutup Pertemuan Penyair Nusantara. Yang jauh dan yang dekat, panjang usia kita jumpa lagi. Nanti saya pecahkan tabung syiling saya untuk beli tiket ke Brunei untuk pertemuan tahun depan ...

backdrop majlis

Adib menerima "ijazah' dari Cikgu Besarnya; siap berjubah

dah ada ijazah lepas ni dah boleh cari kerja; jangan jadi penyair dong!

hadiah perpisahan dari Tadika Disayang Taman Sri Manja

pelajar 5 tahun dengan nasyid, di hujung sekali, depan; anak kedua saya Zafirah

antara ibu bapa yang hadir

Nasyid 6 tahun; Adib terlindung di belakang

si ibu dan si kecil saya yang turut hadir

persembahan oleh pelajar 4 tahun

tari Dia Datang, di hujung sekali Zafirah - ini persembahan paling menarik sebenarnya

Aci-aci buka pintu yang menghiburkan

Macarena - pelajar 6 tahun

aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis, bila kekasih hatiku, pergi meninggalkan aku - pelajar 6 tahun; Adib di belakang baju kotak biru siap berkaca mata

pertunjukan fesyen
2010, Adib akan mula bersekolah, masih di PJ - rencana saya untuk hanya setahun sahaja di PJ dengan sendirinya "gagal". Saya tangguhkan dulu hasrat untuk segera pindah dari sini. Banyak urusan masih belum selesai, terutamanya hal pertukaran sekolah isteri belum diuruskan. Lagipun rumah masih belum buat apa-apa lagi. Nanti boleh saya minta tolong Luqman Hakim untuk cat rumah dan tolong basuh rumah ha ha. Bila saya pindah nanti, Insya-Allah saya dan Luqman satu kariah. Tentang hajatnya untuk "paksa" saya beli basikal, nantilah fikir kemudian. Ha ha.

12 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam,
tembun anak hang macam hang jugak ba hak hak.
beli basikal nnt bukan untuk dibuat pameran bah hak hak,petang-petang kasi kayuh supaya leher yang terbenam menjinjang semula huhu.perut yang membonyot itu dapat dikurangkan skit agar tak mengena stereng kehkehkeh.
selamat bercuti main banjirooo...

MOHD HANIFF said...

salam...
seperti pernah bersua...

adakah saudara merupakan orang yang bertanggunjawab semasa temuduga penulisan aswara ???

masih ingat akan saya???
ini blog saya;
www.mohdhaniffmohammadyusoff.blogspot.com

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam,
Kita dulu ada mcm ni dak... aku tak dak mcm ni..tapi kita ikut zaman bukan.Kena ikut zaman..aku pun cadang hang beli gerek tu...kayuh gerek pi aswara..mcm mana boleh

benuasuluk said...

awang,
:-)

benuasuluk said...

sdr. hanif,
maaf saya tak dapat ingat sdr. tahun bila ya temuduga?

benuasuluk said...

anjung,
zaman kita dulu mana ada semua tu.

MOHD HANIFF said...

temuduga tahun lepas (2008)di Taman Budaya Pumpong...

benuasuluk said...

Sdr. haniff,
mafflah tak dapat ingat juga. Maklumlah ramai sangat. Apapun, terima kasih saya bagi pihak aswara ya.

MOHD HANIFF said...

huhu...tidak mengapa
terima kasih juga dari saya.
Alhamdulillah saya mendapat tawaran ASWARA tetapi saya memilih untuk menyambung pengajian di UUM...

saudara mantan MPR tahun bila ya???

benuasuluk said...

Sdr. Haniff,
MPR 1996. Ah, saya orang kecil saja Niff!

MOHD HANIFF said...

Salam. saudara orang Kedah kan???
em, saya ingin bertanya, di negeri Kedah ni ada tak persatuan penulis muda atau persatuan sastera yang boleh saya sertai?

Di negeri Kedah ni juga ada tak sayembara atau anugerah penulisan yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis Kedah?

benuasuluk said...

tak ada persatuan penulis muda di kedah. Yang ada ASASI. Pi lah join kalau nak. Depa selalu buat aktiviti di taman budaya pumpong. Pi lah usha.