Wednesday, November 18, 2009

Merarau Lagi
Fakulti Penulisan akan mengadakan jamuan makan tengah hari untuk anak-anak Fakulti Penulisan sempena program Wacana Sastera mengikut butiran maklumat berikut:
Tarikh : 19 November 2009 (Khamis)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Bilik Persidangan Utama ASWARA
Panel Undangan : Prof. Madya Dr. Jelani Harun
Topik Perbincangan: "Penyelidikan Sastera Tradisional dan Kreativiti Penulisan"
Pelajar-pelajar yang tidak ada masa hendak datang, yang banyak alasan dan dolak-dalik, yang selalu tidak datang acara Fakulti, yang entah wujud atau tidak wujud dalam Fakulti ini bolehlah mewakilkan makan tengah hari kepada kawan-kawan yang berminat dan selalu datang. Kepada pelajar yang ada kuliah lain, boleh datang selepas tamat kuliah. Kepada yang selalu datang, Fakulti terus menyokong hasrat murni saudara semua untuk menjadi pemburu ilmu.
Jemputlah datang dengan fikiran dan hati terbuka.
p/s - (Bolehkah hebahan seperti ini?)

14 comments:

Hasmora said...

Salam Satu Malaysia Tuan Ridhwan (bolehkah begini?hehe)

Sesungguhnya hebahan yang sungguh mantap, syahdu dan cukup menikam kalbu mereka yang berkenaan.. kalau yang tak faham sungguhlah depa sebenarnya tak layak melanjutkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi pun sebab tak cerdik.. boleh ke kawe kata lagu tu? huhuhu

saleeh rahamad said...

Ridhuan yang gagah perkasa,
boleh tak minta pelajar aswara sertai PPN? kita tak cukup peserta. bayaran rm20 je.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Boleh aje hebahan cam ni, biar yang baca hebah pada kawan2 yg berhasrat tak nak dtg:)

benuasuluk said...

hasmora,
bereh

benuasuluk said...

Ayah Leeh,
minta war-warkan boleh le tolong. Nak pastikan datang tu yang "susah" sikit. Ada yang nak balik kampung raya haji pun dah ada. yang tak balik dok bertapa nak final exam minggu lepas raya haji pun dah ada, yang mengadu bertimbun assignment banyak pun ada sampai dah tak nak datang kuliah. Haha. Ok la, nanti saya ajaklah mana-mana yang nak ikut. Kalau tak ada yang cun nak ikut, saya datang soranglah ye.

benuasuluk said...

tengah,
patut hebahan macam ni dibuat pada zaman awak lagi, kan bagus?
:-)

Romibaiduri Zahar said...

ish ish...
tak ubah lagi rupanyer perangai budak2 fakulti ni ya?
Ingatkan dah berakhir masa zaman kami jadi pelajar dulu....

epool said...

penyakit turun temurun ni ;0

benuasuluk said...

romi,
buat apa nak ubah kalau semua dah rasa diri bagus?

benuasuluk said...

epool,
zaman sekarang zaman pelajar merasa lebih pandai dari guru; dan zaman sekarang zaman pelajar memperlekehkan guru.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~Wah, sungguh sadis bunyinya..! Menyentap kalbu.

benuasuluk said...

rain,
kadang-kadang belati lebih baik daripada roti.

Korakora said...

tak perasan ada program ni. tak sampai pun kat kitorang.

benuasuluk said...

Mi,
tak payah la jemput wartawan BH. Bukan nak datang pun. Buat letih emel ja. Buang duit je sms. Ha ha.