Friday, October 16, 2009

Good Luck, Azraai Khor!

Enam tahun tuan membuatkan bolasepak Kedah gembira. Kegagalan tahun ini sedikitpun tidak mengecewakan kami. Terima kasih atas kenangan manis yang tuan berikan kepada kami. Pengunduran tuan selepas ini sedikit mengecewakan kami. Kami akan merindui sentuhan ajaibmu.

Semua orang tahu apa yang tuan lakukan sepanjang enam tahun itu. Terima kasih kerana meninggalkan satu kenangan manis yang panjang. Kami akan merindui kemeja merah jambu yang sering tuan pakai setiap kali perlawanan berlangsung.

Semoga lebih gemilang bersama Harimau Muda, pilihan pasukan yang paling tepat – jika mengukur kepada minat dan kecenderungan tuan yang sangat percayakan kepada bakat-bakat muda. Moga-moga ada bakat baru yang akan menyinar hasil sentuhan tuan nanti.

Tuan Azraai, saya hanya seorang peminat kampung. Saya tidak ada jersi bola Liverpool, atau Manchester United, atau Real Madrid, atau Barcelona, atau Arsenal yang original; harganya beratus-ratus. Tapi biarlah saya ceritakan rahsia saya kepada tuan – saya hanya ada jersi kebanggaan negeri saya sahaja, tanah Hijau Kuning yang original; harganya juga ratusan ringgit.

Terima kasih kerana sangat percayakan anak-anak muda kampungan membangunkan hayat bolasepak Kedah. Biar Jasa Jadi Kenangan, sama seperti moto pasukan. Kecundang tidaklah sangat mengecewakan (lantaran ada sifat kalah-menang), tapi pengunduranmu sangat menyakitkan buat kami. UMNO atau Pas sama saja. Tidak reti bahawa dalam padang bolasepak tidak perlu ada politik. Poorah hangpa!

Selamat jalan, Azraai! Good luck dan semoga lebih menyinar di tempat baru.


10 comments:

MARSLI N.O said...

Yah. Sdr juga anak kampong yang kini sama menjadi baung di kota metro. Tahniah juga untuk itu.

awangsulungmerahmenyala said...

bro lu nak masuk league kat taman gua tak?sembilan sebelah,amacam lu ada team?bukan taman di sini nun di pknk ketika zaman league bola menjadi suatu fenomena.
ketika team-team di sekitar kota setar gila menyertai league di serata daerah.
ada hadiah piala dari pustaka union ada hadiah tuala ada hadiah roti jer.
gua rindukan zaman league kampung-kampung dan taman-taman ada yang main sembilan sebelah ada yang main tujuh sebelah.
geng jabi geng kola kedah geng pumpong semua geng ada dengan semangat league.
isunya sekarang isu semangat kedah dah hilang semangat padi dan bukan sahaja kedah,penang,perlis dan perak juga telah hilang segala semangat.
gua rindukan semi pro 89 gua rindukan jersi kedah merah putih yang pada suatu ketika jersi merah putih itulah telah memutihkan mata selangor sebelum rasmi kepada hijau kuning.
gua rindukan angin stadium darulaman ketika kedah lawan singapura.
gua rindukan pergaduahn kedah dengan kelantan pergaduhan sarawak dan kedah.
kini tiada apa yang perlu kita rindukan pada bola kita.
kita hanya menjuarai perihal politik sampah yang banyak melahirkan pemimpin sampah bermindakan sampah sarap.

Zaid Akhtar said...

Saya juga kagum dengan Abang Megat.

apa, ada gangguan politik?
patut kena gantung dengan FIFA ni.
:-)

Sham al-Johori said...

tuan tanah,
yang penting kini johor FC dan team johor dah mula menganas. penyokong liverpool, MU tu cakap aja....
hehehe
begitulah apabila nasib padang bola dan bola turut dipolitikkan umno.
gila...gila...gila...
jom kita bagi kad merah kpd umno. kita buang padang aja pasukan umno tu.

adiratno said...

Wan & Awang,

Liga SMDSO 7 sebelah, Geng Upaq menang first game, tu pun sebab ada rabbit kat tepi padang...

benuasuluk said...

sdr. Marsli,
20hb sdr turun KL tak? Jom berlabun...

benuasuluk said...

awang,
kalau la hang nak ajak aku main leagu lagi, wa sudah tadak team. Dengan keboroian gua, gua rasa gua layak jadi pemain import taman lu ja sekarang nih.
betul, guarindukan zaman semi pro. Zaman bro radhi mat din, hussin jaafar, rahman tasu sebelum timbui faridzuan che hamid and the gang and the gang rasuah.
bola la ni macam palat - dikacau oleh palat politik.

benuasuluk said...

sdr. Zaid,
kalau FIFA nak ambik tindakan terhadap maradona, depa juga sepatutnya datang 1malaysia, tengok bagaimana huru-haranya bola malasyia disepak oleh team politik.

benuasuluk said...

sheikh sham,
eleh johor baru nak belajar pakai but tu haha. Sejak khalid shahdan tak ada saya ingat johor sudah tak ada pemain bola. Baguslas kalau sudah bangkit, jangan politik pula membarah ke sana sudahlah.

benuasuluk said...

adi, tentu hang masih ingat striker pendek yang mendesup lari tuhh ha ha. Dia ada semangat rabbit dari tepi padang...