Sunday, October 18, 2009

Bolasepak Ukhuwwah VS Bolasepak Politaik

gambar ni 5 tahun dulu, ukhuwwah antara staf ASWARA (masa tu ASK lagi) dengan team pelajar - seronok, kami kena belasah, :)


yang berdiri 4 dari kiri, pendek-gempal macam Maradona - sebab dia dilahirkan sebagai defender tulen, dia punyai ciri-ciri pemusnah kaki lawan, hak hak

lagi cerita mengenai 4 berdiri dari kiri - sebab dia bosan dengan striker, dia tinggalkan tugas selaku last man, dan membuat overlapping; kami kalah 4-1 dengan gol tunggal kami oleh lelaki pemusnah kaki lawan itu

Sejak kalah dengan pelajar lima tahun dulu, entah kerana takut, entah kerana malu, atau entah kerana apa, kami tidak pernah lagi mengadakan perlawanan bolasepak ukhuwwah antara staf dengan pelajar. Dan sejak itu, wira yang berdiri empat dari kiri itu, menggosok-gosok butnya sampai berkilat, lalu disimpan dalam kotak. Sejak itu, lelaki hebat empat berdiri dari kiri itu langsung tidak pernah menyepak bola hinggalah sekarang, lalu sekadar menjadi penonton dan penjerit saja dari tepi padang.

Konon, alasan dia menggantung butnya kerana bosan dengan bola sekarang yang penuh dengan taik!

oh ya, jersi birunya no. 9!

Nota: entri ini adalah lanjutan daripada entri sebelumnya - yang lahir kerana frust negeri tercinta bolasepaknya bergolek macam buah nangka jatuh kerana penyepak bola selalunya lebih kuat menyepak bola dari luar gelanggang

Nota lagi: yang duduk berbaju kuning itu sahabat saya Mat Jan yang bertindak selaku coach/manager sementara kami; selepas perlawanan tanpa desakan dari kami dia juga meletak jawatan seperti Azraai sebagai memikul tanggungjawab kekalahan ini - selepas Tuanku Sultan Kedah, kami orang Kedah mengiktiraf Mat Jan sebagai peminat no. 2 bolasepak Kedah, :-)

6 comments:

Sham al-Johori said...

Kalau pasuakan tu masih wujud, jom lawan persahabatan dgn team pena.
Senarai team pena. Saleeh (kapten), SM Zakir, Lutfi, Shukri dan Amiruddin (striker), Rahimidn, Nazmi, Ust Azman, Saifulizan Yahya (midfield), Malim Ghozali PK, Shamsudin (lastmen), Zaen Kasturi (Keeper). Manager/ jurulatih Dato Baha Zain.
Kalau berani jomlah lawan.... cakap aja padang mana dan bila masanya?
hehehehe

chekem mirza said...

haha haha haha hahha.. tak tahan gelak lah wan. aduhh.

benuasuluk said...

sheikh sham,
main bola jenis apa pena ni sampai 1 team ada 12 orang? haj hak. Dah la zaen kasturi bagi jadi keeper ada ke patut. Zaen tu bintang bola tuu. Tolak le nazmi tu, bagi dia jadi bomoh hujan. ha ha.
Masalahnya team kami dah bubar, tinggal jersi je lagi. manager pun dah lama cabut.

benuasuluk said...

ce'kem,
setiap kali tengok gambar ni saya gelak, tak boleh ingat. gila betul. punyalah saya dengan tujeri pergi beli but baru di ampang park, mahal pula tu. Yang tinggal kami curi sampai akhir jersi, seluar dan stokin ofis sampai sekarang tak nak bagi balik kah kah kah.

SATIRA + KACAU said...

Cantik punya satira.

benuasuluk said...

satira,
acah je tu