
Sekalung tahniah sekali lagi buat Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang secara rasminya dimahsyurkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 malam tadi. Walaupun tempat berlangsungnya acara kononnya eksklusif dan mewah (tapi tidak ada signifikan untuk anugerah sebesar ini), namun ucapan pidato penerimaan oleh beliau sangat bermakna, mendalam dan menyentuh kalbu. Tahniah Dato'.
Oh! sewaktu duduk di meja saya juga terpegun dengan yang ini - menu yang menawan dan menggiurkan.

Hanya sayang, dalam majlis yang gilang-gemilang ini, saya tidak kenal siapa pemidato umum yang berpidato bagi memperkenalkan tokoh besar ini. Betul-betul tidak kenal. Kesian saya!
18 comments:
nak itot
i tadapat pon jmputan
huk
wahh tahniah2 dato' anwar
novel pertama yang aku baca dalam hidup aku buku karya boss hang lah.
tahniah utk bos hang nanti hang pula ikut jejak boss hang anugerah sasterawan negara tahun 2020 kot,kot lah.
kalau la hang yang berposing macam bos hang tu, suata hari nanti la..ahakss..ahakss
tahniah dr anwar ridwhan
cik farah,
rugi farah tak pi. Tengok siaran langsung tak? Entah tahun bila pula ada lepas ni.
ali,
kita tumpang gembira, selepas bertahun-tahun menungu.
awang,
bukan hang baca mona gersang ka ba hak hak
luqman,
aku takdak cita-cita. Dan tak ingin bermimpi. Kalau dapat anugerah sasterawan pokok sena pun dah kira nasib baik.
epool,
gi la ucap kat dia, :)
segan la..hahaha
epool,
:)
orang ada kata
Dato' hitam bajunya
ada makna katanya
dalam-dalam maknanya
entah apa, sukar menebak hamba
hati seorang Sasterawan Negara
^_^
hasmora,
kena tanya dato'lah, walau pun ambo tahu cerita isi hati dio. Toksei ambo crito, nati demo pilu...
:)
takpolah.. adalah tu dih..
Assalamualaikum, En. Wan.
Saya tengok siara langsung di tv malam tu. Saya tengok seorang diri sementara Kak Rozie dah mimpi-mimpi dah. Maklumlah, penginapan ditaja. Tidur sungguh Kak Rozie.
Kasihan tengok Dato' berdiri lama semasa perihal Dato' tu dibacakan. Esoknya saya tanya Dato', tak penat ke berdiri lama-lama. Jawab Dato':
"Isy penat saya. Raptai tak dibuat penuh macam tu. Taklah rasa sangat. Saya pun terpaksa 'control macho' lah." heheh.
Insya-Allah nanti En. Wan pula bakal SN kita.
dekan hensem kan en wan? ;D
tapi cuba bayangkan.. apa akan jadi menu hidangan tu kalau suatu waktu nanti kawan kita si lutfi cerpenis "musang" tu dpt anugerah Sasterawan Negara? tak mampu nak bayangkan nama2 hidangannya... hehe
Post a Comment