Wednesday, September 9, 2009

Yang Seronok dan Tidak Seronok dilihat

(i)

Pagi yang jernih saya berkereta ke pejabat. Sebelum melintas bangunan Angkasapuri, saya melihat sebuah motor yang dipandu oleh seorang lelaki India rosak. Saya katakan rosak kerana di sebelah motosikalnya, ada sebuah lagi motosikal yang dipandu oleh seorang lelaki sedang menolak motosikal tersebut daripada belakang. Dalam keadaan jalan yang agak sesak, saya nampak begitu payah lelaki tersebut menolak daripada belakang motosikal lelaki berbangsa India itu.

Lelaki bermotosikal yang menolak daripada belakang itu Melayu!

(ii)

Melihat adegan itu, saya teringat kejadian yang menimpa saya beberapa tahun lalu. Suatu petang ketika pulang dari pejabat, motosikal yang saya pandu ditabrak oleh sebuah kereta mewah. Lelaki yang memandu BMW biru gelap itu Melayu. Dia keluar daripada kereta sambil bising-bising keretanya yang baru tiga hari keluar dari kedai sudah calar balar. Anehnya dia sedikitpun tidak melihat saya yang mengaduh sambil terpisat-pisat cuba bangun.

Ketika dia membebel-bebel itulah saya menempik kepadanya, kereta engkau kemik engkau kisah, aku yang sengaja kau langgar ni haram kau tak tengok. Mendengar suara keras saya (suara soprano Pokok Sena bila menempik memang “indah”) dia mengendur tiba-tiba. Isterinya pucat lesi muka. Barulah dia mula mahu bertolak ansur dan bertanya kesakitan saya. Saya bahasakan dia sampai saya puas, selepas itu baru kami “selesaikan” hal langgar-melanggar ini.

Waktu itu sebuah motosikal yang dipandu seorang lelaki berhenti untuk menolong saya – tolong angkat motosikal saya yang sedang “mengerang” atas jalan. Sesekali, dia mencelah cakap kami, dan turut menenangkan saya. Dia juga menawarkan bantuan untuk saya ke bengkel motosikal dan juga klinik. Saya menolak dengan baik kerana rasa masih mampu untuk menguruskan sendiri. Anehnya, lelaki yang melanggar saya itu sikit pun tak menawarkan diri untuk menghantar saya ke klinik. Bahkan dia melangkah masuk ke keretanya tanpa sepatah kata maaf kepada saya atas kesilapannya.

Lelaki yang bermotosikal yang menawarkan pertolongan kepada saya itu, India!

(iii)

Semangat “Satu Kita” sudah lama berlangsung. Juga, semangat “Satu Kita” sudah lama didajalkan oleh sesama kita!

12 comments:

Luqman Hakim QA said...

India dlm kisah pertama hang tu mamak kut...heheheee

afna said...

en wan..
jiran saya yg cina bukan main suka dengan anak saya, kadang didukungnya bawa ke kedai..
jiran yang Melayu pula bila disapa terus toleh muka...


:B

saleeh rahamad said...

tau sangat suara soprano pak wan ni. mahathir pun buleh gamam

awangsulungmerahmenyala said...

salam,
kita yang membina tamadun kita juga yang menghancurkan sebuah ketamadunan.

nak tunggu benuasuluk pakai bm bila banyak wang nanti hasil jual buku,jgn lupa aku di sini yang hanya mampu mengejar lori beratus ratus lori huhuhu

adiratno said...

Wan,

Salah sorang jiran depan rumah aku la nie India, hari-hari dia angkut anak Jiran Melayu dia balik dari sekolah penuh satu UNSER dia.

Melayu sebelah rumah aku, hari-hari angkut anak masuk rumah tak nampak batang hidung, sunyi sepi..

MARSLI N.O said...

Kita semua sebagai jelata sudah lama bersatu dan menyatu. Tetapi yang buat perangai pukemak adalah mereka yang bergelar dan mengaku dirinya pemimpin. Memang itu kerja pukemak mereka. Kalau kau sempat, dulu sekolah anak bangsa apa pun pakai bahasa Melayu, lepas itu pukemak mana yang pecah-pecahkan, dan lepas itu nak cakap pasal sekolah wawasan pulak. Memang pukemak.

benuasuluk said...

luq,
bukanlah. Mamak macam lain la. Ini sah India.

benuasuluk said...

afna,
bersyukurlah sdr. dapat jiran yang bagus.

benuasuluk said...

Ayah Leeh,
kalau boleh saya nak sopranokan dia supaya pi menaksah bawa sebeh zikir lama-lama solat sunat banyak-banyak, lupakan hal donia ni. Saya nak sopranokan dia lagi bahawa dunia yang semakin tua ini harus diurus dan ditadbir oleh orang muda macam saya dan lutfi, bukan orang dari zaman gelap seperti dia. Bolehkah Ayah Leh? Hehe

benuasuluk said...

awang,
aku nak pakai bm tu tadak la. Tapi kalau dapat kongsi bm dengan ita ipaq lan pet2 tu teringin la juga ba hak hak

benuasuluk said...

adi,
takpalah, hang ber1malaysialah dengan india tu. Jaga hati dia baik-baik. Yang melayu tu kalau ada kesempatan hang kentut ja kuat-kuat buat dono depan dia ha ha

benuasuluk said...

kang marsli,
memang tiada perkataan yang paling sesuai untuk mereka, melainkan seperti kata pukemak yang sdr. sebutkan itu