Daripada satu set Siri Koleksi Gurindam Kanak-kanak Bertema saya, Alhamdulillah Perpustakaan Negara Malaysia bersetuju untuk membeli dua naskhah yang berjumlah 1089 buah untuk setiap satunya. Yang dipilih mereka Gurindam Menuntut Ilmu dan Gurindam Alam Sekitar. Daripada enam buah satu set, dapat dua yang menjadi pilihan pun saya sudah rasa sangat bersyukur.
Saya juga mend
apat tahu jualan di luar untuk set buku saya ini sambutannya juga agak mengejutkan saya. Data jualan itu belum termasuk yang dibeli secara terpisah-pisah. Rezeki Ramadan untuk anak-anak. Saya tak kira dan tak kisah pun berapa saya dapat. Yang penting buku saya terjual. Apalagi yang lebih membahagiakan kita sebagai penulis, selain daripada buku kita dibeli dan dibaca orang.
apat tahu jualan di luar untuk set buku saya ini sambutannya juga agak mengejutkan saya. Data jualan itu belum termasuk yang dibeli secara terpisah-pisah. Rezeki Ramadan untuk anak-anak. Saya tak kira dan tak kisah pun berapa saya dapat. Yang penting buku saya terjual. Apalagi yang lebih membahagiakan kita sebagai penulis, selain daripada buku kita dibeli dan dibaca orang.
Saya teringatkan Suluk Cinta, kumpulan puisi saya. Dengarnya dulu Perpustakaan Negara Malaysia juga berminat untuk membeli, tapi bukan belian melalui skim penulis. Pembelian biasa melalui penerbit. Tapi entahlah, sampai sekarang pun tak ada apa-apa penerbit beritahu. Mungkin tak jadi kot. Sulitnya, di mana-mana saya pergi Suluk Cinta memang amat payah untuk ditemui.
13 comments:
Belanja tek tarik
Alhamdulillah...rezeki...
kalau en wan sangsi dgn agensi tersebut, saya apatah lagi..
cetak buku tak terjual
di kedai2 buku biasa tak ada...
nnt bila dh kuning jual rm1 rm2 rm3rm4 rm5...?
penat menulis tak berbaloi...
salam reseki,
hehehe boleh lenje p seberang nih hehehehe...aman makmur rezeki kawanku.
bagus, teh tarik n maggie goreng bucu jgn lupa
lut,
boleh, boleh
afna,
masalahnya di Malaysia tak ada penerbit lain yang mahu terbitkan kumpulan puisi. Jadi, saya masih mencuba untuk terus mempercayai mereka.
awang,
aku tunggu!
luq,
di bucu menu pilihan aku nasi goreng tomyam.Boleh saja
suluk cinta sampai di tangan panas2 penuh kasih sayang daripada penulisnya sendiri
wahhh
bertuahnya..heheheh..
patutnya en.wan jadikan TEKS WAJIB
pelajar aswara yang jawab sasterawan negara ada 100 hehehe
Assalamualaikum,
Tahniah untuk En. Wan. Semoga saya berjaya juga mengikut jejak saudara ini.
huhu.
farah my dear,
penuh kasih sayang? Ishhh syokkknyaaaa. Abang tunggu buku farah pula ya. Err, pasal teks wajib tu, tak ndaklah teman. Teman rela buku tu tak terjual dari teman jadikan teks wajib.
wardah,
TK. Semoga sdr. berjaya satu hari nanti.
~TAHNIAH! Walaupun dah terlewat tapi tetap juga nak ucap... saya masih lagi cuba mengintai, menjeling kedai-kedai buku serata Malaysia (Kuala Lumpur & Seremban) untuk dapatkan Suluk Cinta en. wan.
Post a Comment